Bamboo Path
From Tenryuji Temple you can get access to Bamboo Path and Okochisanso
Kalau ke Arashiyama, jangan hanya melawat Tenryuji Temple tapi teruskan perjalanan ke Bamboo Path dan Okochisanso. Entrance Fee 1000 yen, lebih kurang RM30.00.
Anda dapat menikmati minuman tea hijau dan sweet cookies di sini dengan harga yang anda bayar dan saya pasti anda tidak akan menyesal sekiranya anda datang pada masa yang betul.
Ambil gambar dulu sementara menunggu mereka menghidangkan tea hijau dan sweet cookies.
I really loved the green tea and the sweet
Kembali ke Sagaarashiyama Station, setelah penat berjalan dari pukul 6.00 am sehingga 1.00 pm. Kena balik solat dulu sebelum buat planning untuk hari esok. Perut dah mula menyanyi-nyanyi. Dari tadi tak sempat nak makan takut sampai lewat.
Sekiranya anda ke Arashiyama, anda mesti mencuba Torokko Train, terutama sekali pada musim-musim seperti autumn atau spring. Oleh kerana orang terlalu ramai hari ini, saya mengambil keputusan untuk datang semula pada hari berikutnya. Course yang pertama anda akan menaiki Torokko train yang akan membawa anda mengelilingi kawasan sungai yang cukup cantik, kemudian terpulang kepada anda samada ingin meneruskan perjalanan dengan menaiki kereta kuda dan yang akhir sekali menaiki sampan. Memang mencabar dan merupakan pengalaman yang tak akan saya lupa sehingga akhir hayat. Click link di bawah untuk ke arashiyama romantic train.
click for entry arashiyama romantic train
click for entry arashiyama romantic train