Tuesday, February 3, 2015

KYOTO, JAPAN



Bagi anda yang belum sempat membeli omiyage atau souvenir untuk dibawa pulang, boleh singgah ditingkat bawah Kyoto Tower, memang terdapat banyak souvenir seperti T.Shirt, kipas, key chain, beg kecil dan juga japanese cookies  





Bus platform yang terletak di antara Kyoto Station dan Kyoto Tower.








Anda boleh menggabungkan kedua-dua perkhidmatan bus dan subway untuk ke destinasi yang menarik kerana ia lebih murah dan cepat. Cumanya mesti awal, kalau tidak terpaksalah anda beratur panjang dan merugikan masa.


























Nampak tak ....kena sabarlah sikit beratur, bagaimanapun perkhidmatan bus di sini banyak dan cepat, jangan bimbang. InsyaAllah anda akan sampai jua ke tempat yang dituju.


Kalau saya, mungkin pergi dengan bus, balik nanti saya cuba cari subway yang lebih cepat untuk ke Kyoto atau berhenti di mana-mana station yang berdekatan dengan hotel tempat saya tinggal.


















Pemandangan ini diambil di dalam Kyoto Station















































Sebelum ni saya datang tak sempat nak naik ke atas kyoto station, tak tau apa yang ada kat atas. 












































Tak sangka ada taman kecil untuk berehat di atas Kyoto station































































































Yodobashi Camera yang terletak di sebelah belakang Kyoto Tower














Bus Ticket Center terletak di tengah-tengah di antara Kyoto Tower dan Kyoto Station. Anda boleh mendapatkan maklumat perjalanan atau membeli tiket di sini atau sekiranya anda sudah tahu bus platform untuk destinasi yang hendak dituju, anda cuma perlu beratur di platform dan bayar semasa turun dari bas nanti. Sekiranya anda mempunyai Kansai Thru Pass, anda boleh menaiki subway dan Kyoto City Bus dengan lebih mudah dan selesa, masa turun nanti masukkan kad anda di mesin. Saya beli Kansai Thru Pass semasa di Kansai Airport untuk 3 hari dan anda boleh juga membeli di kaunter-kaunter lain seperti di Umeda.