Friday, October 31, 2014

IKAN SUMBAT



Bahan-bahan


6 ekor ikan kembong sederhana besar
segenggam kelapa parut
2 sudu kecil lada hitam 
1 biji bawang besar
2 batang serai
1 biji telor ayam
Isi ikan yang saya kikis dari 6 ekor ikan tadi
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakannya

1) Ikan kembong dibelah belakang, dibuang tulang dan kikis isinya mula dari ekor ke atas.
2) Tumbuk lada hitam dengan kelapa parut dan serai sehingga lumat, dan masukkan isi ikan dan tumbuk hingga sebati kemudian baru masukkan bawang besar dan tumbuk  lagi tapi saya lebih suka bawang tersebut ditumbuk tidak begitu hancur. 
3) Asingkan dalam bekas, masukkan garam dan gula halus secukup rasa dan akhir sekali pecah telor ayam dan gaul dalam bahan tadi sehingga sebati supaya bila menggoreng ia melekat dalam ikan.
4) Sumbat bahan-bahan tadi didalam ikan dan goreng dalam minyak penuh dan panas.
5) Tekan sikit badan ikan semasa anda masukkan dalam kuali untuk menggoreng supaya isi tidak terkeluar dan goreng hingga masak.

CORETAN

Kalau ikan sumbat ni, 3 ekor saya sorang pun boleh habis, tak perlu makan dengan nasi, meratah macam tu saja atau cicah dengan sos cili. Fuhhh!!! sedap. Penyediaannya agak rumit dan leceh ketika nak asingkan isi ikan, itu saja, yang lain mudah. Makan lagi mudah dan cepat habis sebab tulang dah dibuang

Wednesday, October 29, 2014

KERABU BUNGA BETIK



Bahan-Bahan Yang Diperlukan

Bunga Betik direbus sehingga lembut dan dibasuh dan toskan

Bahan A

Secubit belacan
1/2 ulas bawang besar
1 tangkai cili besar
6 tangkai cili padi
4 sudu besar kelapa parut

Bahan B

1/2 ulas baki bawang besar tadi dihiris sederhana nipis
2 - 3 sudu besar kerisek
sedikit perahan asam jawa ( boleh campur dengan santan dan perah)
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakannya :

1) Tumbuk semua bahan A
2) Gaulkan dalam bunga betik
3) Masukkan kerisek, perahan asam jawa, garam dan gula secukup rasa.

CORETAN

Di kampung saya memang banyak pokok betik yang berbunga, dan kerabu merupakan makanan kegemaran kami tak kira Pak Cik, Mak Cik, sepupu-sepupu pun suka. Air bunga betik digunakan untuk ubat cuci buah pinggan oleh Pak Cik, beliau merupakan pengamal perubatan islam. Bunganya kalau dibuang sayang, jadi kami buatlah kerabu. Penyediaannya tidaklah susah cuma leceh bagi yang suka buat sendiri kerisek. Kalau nak beli kerisek kena hati-hati juga sebab ada yang buat campur minyak. Kerisek yang sedap bila kelapa parut tu digoreng dengan api sederhana sehingga keperang-perangan dan hampir bertukar ke coklat, jangan sampai hitam plak ye...hangus dah namanya tu. Tutup api dan terus tumbuk sehingga pecah minyak dan mengeluarkan aroma yang wangi barulah kerisek tahan lama dan sedap untuk masakan. Hari ini saya masak kerabu betik dan ikan sumbat. Kak Cik masak terung goreng cabai dengan ikan bilis. Makan panas-panas , puas hati. Lepas tu tidur....