Sunday, June 2, 2013

Steamboat

Suka makan steamboat? Salah satu tempat yang anda perlu cuba ialah di Aura Steamboat & Grill di Repoh, Perlis. Sayur-sayuran dan bahan-bahan yang disediakan untuk steamboat segar dan banyak pilihan. Anda boleh memilih dari daging, ayam, sayur kangkong, lobak, fish ball, fish cake, ko teow, me dan sos pencicah yang disediakan juga dipelbagaikan. 


Saya rasa lebih dari 20 bahan-bahan steamboat yang disediakan dan  anda boleh memilih sos pencicah yang anda suka seperti sos cili bawang putih, sos cili kicap dan terdapat beberapa sos pedas lain. Tapi yang paling saya minati ialah sos cili hijau ( manis pedas ). Walaupun hanya disediakan satu kuah biasa tidak seperti tempat lain yang menyediakan 2 jenis kuah berperisa tom yam dan kuah biasa, kuah di sini  sememang sedap dan enak.




Mentang-mentanglah boleh makan semua, tolonglah ambil sayur dekat kakak sikit


Hanya RM10.99 seorang tidak termasuk air, anda boleh makan sehingga kenyang. Tahun lepas hanya RM9.99 tidak termasuk air.


Sudahlah tu wahai sepupuku...pi duduk makan dulu, dah banyak sangat ambik, boleh habis ke??? Kakak makan sayur je..


Sayur tu kakak punya , jangan ambik


Tengok tu, sayur kita diketepikan,tak boleh jadi ni..




Sedap hirup kuah ye!!! hati-hati takut melecur lidah tu, sayur tinggal kat kakak , jangan lupa.




Cantik baju Cameron Highland, heheh , terimakasih Siti belanja makan, terimaksih semua.

Kalau anda ke Perlis, jangan lupa singgah dan menjamu selera di sini.

Seorang RM10.99 tidak termasuk air
 ( harga mungkin berubah mengikut keadaan semasa )
Anda boleh menghubungi no di bawah untuk tempahan atau terus datang ke sini. Info di bawah seperti yang tertera pada business kad 

Tel : + 6013 4540 881
        + 6017 5566 307

http: AuraSteamboat.blogspot.com

DESTINASI MAKAN MALAM ANDA

Terimakasih