Thursday, April 25, 2013

IKAN GORENG PEDAS MANIS

Assalamualaikum semua,

Dah lama tak makan ikan goreng masak pedas dan manis, minggu lepas di rumah sepupu, selongkar peti ais jumpa ikan yang Pak cik pancing , Pak Cik saya ni suka memancing ikan tak kiralah laut dalam ke, sungai ke, ada ikan ka tak ada ikan ke , minat punya pasal , sampailah dia.  Ikan dah ada, kena tengok juga apa lagi bahan masakan yang ada untuk dimasak bersama ikan. Ok, broccoli, kentang, tomato ada cuma nenas tak ada, hemmm carot dengan jagung pun tak ada. Ok tak pe, kita masak dengan bahan yang ada saja....



BAHAN-BAHAN

1. Ikan yang telah di perap serbuk garam kunyit digoreng garing.
2. Tomato, broccoli, dan ubi kentang yang telah digoreng
3. 1 ulas bawang besar dipotong bulat
4. 1 sudu kecil cili kering ( yang telah dimesin halus bersama bawang kecil dan  sedikit belacan), kalau anda suka pedas masukkan 2 sudu
5. 3 sudu besar sos cili ( saya guna jenama mudim )
6. 1 sudu besar kicap ( saya guna jenama mudim )
7. 4 biji cili padi diketuk
5. 2 ulas bawang putih diketuk
6. Air untuk kuah
7. Gula dan garam secukup rasa
8. Limau Nipis (Potong sebelah)

PENYEDIAAN

1. Ikan dan kentang yang telah digoreng diletakkan di dalam pinggang
2. Masukkan sedikit minyak untuk menumis bawang putih yang diketuk tadi.
3. Masukkan cili kering , sos cili , cili padi dan  tumis hingga masak
4. Masukkan kicap dan sedikit air untuk kuah, gula dan garam secukup rasa.
5. Masukkan bawang besar sekejap dan terus masukkan broccoli dan tomato
6. Kacau sekejap & tutup api sebab saya suka tomato & broccoli yang ranggup
7. Tuang dalam pinggang yang diisi ikan tadi
8. Perah air limau nipis dan siap uantuk dihidangkan

PERHATIAN

1. Kalau anda suka kuah pekat boleh tambahkan sedikit air tepung jagung ( 1 sudu kecil tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan dalam kuah ) semasa anda memasak kuah tadi.

2. Kalau anda tidak ingin menggunakan tepung jagung anda boleh tambah sos cili lebih sikit dan air dan masak hingga pekat.

3. Anda juga boleh gunakan sedikit sos tiram dan sos cili tomato kalau nak.

4. Sayuran lain seperti baby corn, nenas , carot.




SAYA LEBIH SUKA SIMPLE TAPI SEDAP 
YANG PENTING ANDA MESTI BERANI MENCUBA MEMPELBAGAIKAN MASAKAN