Tuesday, April 30, 2013

MEMPELAM HARUM MANIS

Mempelam Harum Manis termasuk dalam keluarga mempelam atau nama saintifiknya Mangifera Indica Linn ( saya dapat dari internet ), namanya saja sudah cukup terkenal di Perlis dan musim buah tersebut disekitar hujung bulan April dan awal Mei.


Sepinggan RM5.00

Enak dimakan dengan pulut , buahnya yang kekuningan dan ada juga yang berwarna oren keemasan, rasanya manis dan berbau harum seperti namanya sendiri, Mempelam Harum Manis. Bagi sesiapa yang berminat anda perlu cepat sebelum terlambat kerana permintaannya melebihi pengeluaran. 






Bagi yang suka menikmati jus, anda boleh beli dengan harga RM2.00 segelas, manis tanpa gula. Itupun dah ditambah air tapi masih manis melecas ( kata orang Perlis ). 









Harga di antara RM15.00, RM18.00 dan RM20.00 sekilo. Lebih kurang 2 atau 3 biji sekilo.

Bagi yang mendapatkan melalui penghantaran , sekiranya anda menerima buah yang masam dan tidak manis, janganlah marah peniaga tersebut, kesian dia, besar kemungkinan beliau hanya peraih dan buah yang diambil belum  cukup masak / matang isinya. 















Bagi mereka yang masih belum merasanya, silalah cuba dan jangan anda tertipu bila membeli di tepi-tepi jalan di lebuhraya... ada di antaranya mempelam Harum Manis yang belum cukup masak / matang kecuali jika anda memang pakar dalam mengenali buah ini. Ini berdasarkan pengalaman kawan-kawan yang pernah membelinya.   Saya sendiri tidak pasti bagaimana hendak mengenali bentuk buah mempelam Harum Manis , jadi adalah lebih baik anda dapatkan sendiri di Ladangnya di  Pusat Pertanian Bukit Bintang atau anda boleh cuba dapatkan maklumat terkini di link di bawah.  








Thursday, April 25, 2013

PHOTOGRAPHY


Bunga Jambu











POPIA SALJI

Assalamualaikum semua,

dok fikir fikir sampai tua, apa nak masak pulak hari ni.... oh ya, aritu masak popia goreng ada lebih kulit popia, apakata kita jangan membazir masa , kita guna saja kulit popia untuk buat popia goreng salji...jom kita buat sekarang.





Tak rugi mencuba, sedap tak terkira, 2 balang habis dalam sekelip mata, orang yang buat tak sempat nak makan , kerling punya kerling anak-anak buah dah bawa balang sana sini....kita pun jadi macam budak-budak berebut-rebut dengan mereka.


BAHAN-BAHAN

Kulit popia dipotong empat segi 
2 cawan kopi serbuk nestum / susu tepung - blend halus
1/2 cawan kopi serbuk oat untuk kesihatan anda :-))- blend halus
1/2 cawan gula diblend halus

PENYEDIAAN

Kulit popia tadi digoreng kekuningan
dan disalut dengan bahan-bahan yang diblend halus di atas.

Ini cubaan pertama kami , sedap dan berbaloi. Habis comot muka anak-anak buah dengan susu tepung , sampai ada yang tersedk-sedak...sedap lah tuuuu!!!


SELAMAT MENCUBA


IKAN GORENG PEDAS MANIS

Assalamualaikum semua,

Dah lama tak makan ikan goreng masak pedas dan manis, minggu lepas di rumah sepupu, selongkar peti ais jumpa ikan yang Pak cik pancing , Pak Cik saya ni suka memancing ikan tak kiralah laut dalam ke, sungai ke, ada ikan ka tak ada ikan ke , minat punya pasal , sampailah dia.  Ikan dah ada, kena tengok juga apa lagi bahan masakan yang ada untuk dimasak bersama ikan. Ok, broccoli, kentang, tomato ada cuma nenas tak ada, hemmm carot dengan jagung pun tak ada. Ok tak pe, kita masak dengan bahan yang ada saja....



BAHAN-BAHAN

1. Ikan yang telah di perap serbuk garam kunyit digoreng garing.
2. Tomato, broccoli, dan ubi kentang yang telah digoreng
3. 1 ulas bawang besar dipotong bulat
4. 1 sudu kecil cili kering ( yang telah dimesin halus bersama bawang kecil dan  sedikit belacan), kalau anda suka pedas masukkan 2 sudu
5. 3 sudu besar sos cili ( saya guna jenama mudim )
6. 1 sudu besar kicap ( saya guna jenama mudim )
7. 4 biji cili padi diketuk
5. 2 ulas bawang putih diketuk
6. Air untuk kuah
7. Gula dan garam secukup rasa
8. Limau Nipis (Potong sebelah)

PENYEDIAAN

1. Ikan dan kentang yang telah digoreng diletakkan di dalam pinggang
2. Masukkan sedikit minyak untuk menumis bawang putih yang diketuk tadi.
3. Masukkan cili kering , sos cili , cili padi dan  tumis hingga masak
4. Masukkan kicap dan sedikit air untuk kuah, gula dan garam secukup rasa.
5. Masukkan bawang besar sekejap dan terus masukkan broccoli dan tomato
6. Kacau sekejap & tutup api sebab saya suka tomato & broccoli yang ranggup
7. Tuang dalam pinggang yang diisi ikan tadi
8. Perah air limau nipis dan siap uantuk dihidangkan

PERHATIAN

1. Kalau anda suka kuah pekat boleh tambahkan sedikit air tepung jagung ( 1 sudu kecil tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan dalam kuah ) semasa anda memasak kuah tadi.

2. Kalau anda tidak ingin menggunakan tepung jagung anda boleh tambah sos cili lebih sikit dan air dan masak hingga pekat.

3. Anda juga boleh gunakan sedikit sos tiram dan sos cili tomato kalau nak.

4. Sayuran lain seperti baby corn, nenas , carot.




SAYA LEBIH SUKA SIMPLE TAPI SEDAP 
YANG PENTING ANDA MESTI BERANI MENCUBA MEMPELBAGAIKAN MASAKAN








Sambal Kelapa

Assalamualaikum semua. 

Harini saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi masakan sambal kelapa, kalau di Utara ni dipanggil sambal nyog yang merupakan salah satu sambal kegemaran saya dari kecil sampai sekarang. Boleh dibuat dengan 2 cara, secara basah dan kering. Yang mana sedap ? hemmm kedua-duanya sedap. Cicah pulak dengan daun pegaga dan daun selom perrggghhh boleh menitis air liur...!!! dan airmata sebab ada rasa pedas, manis, masam, segala rasa yang menyenggat.




Bahan-bahan
Bagi penyediaan sambal Nyog Basah

1. Kelapa parut 
2. 1 biji bawang besar
3. 4 biji cili api ( boleh tambah kalau nak pedas )
4. 2 biji cili hidup ( cabai besar ) - buang biji
5. Gula secukup rasa
6. Garam secukup rasa
7. Perahan asam Jawa / perahan limau nipis secukup rasa
8. sedikit belacan



PENYEDIAAN :

1. Tumbuk cili api dan cili hidup, belacan dan garam
2. Masukkan kelapa parut dan tumbuk 
3. Masukkan bawang, gula dan tumbuk sehingga sebati
4. Keluarkan dan perahkan sedikit air limau nipis / asam jawa

Jangan lupa sediakan daun selom atau pegaga, kalau makan dengan ulam lain mungkin kurang menyenggat tapi boleh dicuba jika anda suka.

PERHATIAN :

Penyediaan sambal kelapa secara kering cuma perlu goreng sedikit ikan bilis dan tumbuk jangan halus sangat, dan gaul dalam sambal di atas tadi.

CORETAN

Sambal kelapa merupakan favorite saya disamping sambal cili padi ( sambal cabai Melaka ), berebut-rebut dengan sepupu. Semuanya suka, kalau buat mesti mangkok besar, ulam mesti banyak, sebelum ambil lauk lain saya pasti cedok sambal kelapa ni dulu , biar penuh dalam pinggan , strategi mesti ada...heheh, takut tak sempat nak makan nanti. 




Wednesday, April 24, 2013

HOMESTAY - Perlis, Malaysia

Asalamualaikum semua.

Bagi mereka yang berminat untuk datang ke Perlis dan masih mencari tempat dan lokasi yang sesuai, anda dijemput ke persinggahan yang cukup menarik ini.











Ruang Tamu 


Kombinasi warna , latarbelakang dan susun atur yang cukup menarik dan selesa.








KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT, SILA HUBUNGI

PUAN NORIZA (8.00 PAGI - 5.00 PETANG)


1 MALAM RM100.00