Sekiranya anda ke Osaka maupun Kyoto , jangan lepaskan peluang ke Arashiyama, untuk menikmati keindahan sakura pada musim bunga dan autumn juga menjanjikan pemandangan yang cukup menarik. Salah satu kemestian yang pastinya akan meninggalkan kenangan yang cukup romantik ialah dengan menaiki Sagano Romantic Train / dikenali juga dengan Torokko Train. Datanglah bersama keluarga / bersama suami dan isteri, barulah romantic, serta alami sendiri setiap detik perjalanan yang dimulai dengan menaiki romantic train ( bayaran yang dikenakan kalau tak silap saya 2500 yen atau 4000 yen ) , seterusnya dengan bayaran lebih kurang RM30.00 ( tertakluk pada nilai matawang ketika itu ) anda boleh meneruskan perjalanan dengan menaiki kereta kuda dan mengakhiri perjalanan yang cukup hebat dengan menyewa bot mengharungi sungai Hozu-Gawa.
Ini merupakan pengalaman pertama saya menaiki Sagano Romantic Train, walaupun tempat duduk disediakan , saya terpaksa berdiri kerana yang datang semuanya berpasangan , petugas kaunter dengan sopan bertanya sekiranya saya boleh berdiri , ok je lebih mudah untuk saya mengambil gambar , ala sikit pun tak jealous , tempat duduk yang disediakan pun memang untuk dua orang.
Kadang-kadangkala terleka melihat betapa cantik dan indahnya bumi ciptaan Allah sehinga terlupa nak mengambil gambar. Kalau ini dinamakan syurga dunia....bagaimana pula syurga yang disediakan Allah di akhirat, sebak seketika terfikir mampukah saya memiliki keindahan dan kenikmatan syurga di akhirat kelak.
Melancong sambil beribadah , niat yang terpendam sekian lama, ingin melihat keindahan alam semulajadi di serata dunia, dan mencabar diri supaya lebih mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa walau di mana saya berada. Bukan mudah melakukan perjalanan solo, mendisiplinkan diri agar bangun awal, bersolat, dan memastikan diri tidak meninggalkan solat walau dalam apa jua keadaan.
Gambar-gambar ini diambil dari atas Sagano Romantic Train
Untuk itu saya akan pastikan waktu solat yang betul dan berapa lama perjalanan agar solat dapat dilaksanakan , dalam apa jua keadaan.
Saya terpaksa menangguhkan perjalanan pada hari pertama kerana dah lewat dan saya lihat terlalu ramai pelancong dalam maupun luar negara yang memenuhi kaunter untuk mendapatkan tiket, ada yang terpaksa tunggu 1 hingga 2 jam menantikan train. Oleh kerana saya belum solat , saya kembali ke hotel yang terletak di Seta, Otsu Kyoto , lebih kurang 1 jam lebih perjalanan.
Keesokkannya awal pagi selepas solat subuh, kalau tak salah saya pukul 4 lebih dah masuk subuh, saya bergegas ke station keretapi yang terletak hanya 3 minit berjalan kaki.
Bagi anda yang ingin melawat Kyoto, adalah lebih baik menginap hotel di Osaka ( lebih murah saya rasa jika dibandingkan dengan Kyoto sekiranya anda pengembara solo ), anda juga boleh menyewa sebuah studio apartment ataupun apartment yang dilengkapi dengan semua kemudahan asas, cuma satu perkara yang perlu anda ingat, waktu check out / balik sebelum anda berangkat ke Kansai Airport agak sukar untuk anda meninggalkan barang kerana tiada tempat yang disediakan tidak seperti di hotel anda masih boleh meninggalkan beg anda di kaunter selepas check-out, dan menghabiskan saki baki wang yang masih ada untuk hari terakhir..:) bagaimanapun anda boleh mendapatkan tempat simpan barang di station keretapi yang menyediakan kemudahan tersebut. Hanya masukkan duit dan simpan beg anda dalam tempoh masa yang diperlukan.
Pemandangan di sini memang cukup indah, kalau boleh datang satu keluarga lagi best. Saya memang suka mengembara dan paling best kalau aktiviti mengembara yang lasak..pantang tolak tapi kerana kesihatan yang agak terbatas terpaksalah saya kurangkan sikit aktiviti lasak takut nanti langsung tak boleh berjalan.
Ini merupakan kali ketiga saya ke Arashiyama tapi pertama kali dalam sejarah hidup menaiki train ini. Sebelum ni tak taupun ada perkhidmatan seperti ini , kalau sebelum ni 1 minggu saya datang , itupun tidak mencukupi saya tambah 2 minggu agar percutian ibadah ini dapat dimanafaatkan sepenuhnya.
Sebenarnya saya sendiri tidak tahu apa yang akan saya lalui dalam perjalanan ini. Ikut kata hati, kuatkan semangat dan redah saja ....Kalau anda lihat dalam gambar di atas, ada sebuah bot yang mengharungi sungai Hozu-Gawa... mungkinkah saya juga akan berada di atas salah satu bot itu nanti..saya tak pasti..kalau ya.......teruja sangat-sangat!! Tunggu!!!
Sempat juga melambai-lambaikan tangan kepada mereka..
Ya ALLAh sekiranya ciptaanmu seindah ini,,, bagaimana pula syurga yang kau ciptakan di akhirat kelak , sudah pasti ianya sesuatu yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, tidak terucap dengan perkataan. Termenung seketika....
Perjalanan yang mengasyikkan ini diteruskan lagi
Agar sukar untuk mengambil gambar di atas train yang sedang bergerak dengan kelajuan yang agak sederhana tetapi di penuhi dengan pelancong-pelancong yang masing-masing menggunakan kamera ataupun telefon bimbit untuk bergambar. Terpaksa bersabar dan cuba mencari peluang bagi mendapatkan angle yang menarik.
Sepanjang perjalanan yang memakan masa lebih kurang 25 minit , tidak akan saya lupakan sepanjang hidup ini. Cantik! Indah! ...
Dah sampai ke destinasi rupanya, ok!! sekarang saya tak pasti macam mana nak balik , kena turun dan tanya di kaunter pertanyaan, itupun kalau ada..jom...
Cuba lihat betapa ramainya manusia...aduh duh, saya mundar-mandir mencari kaunter pertanyaaan tapi sempat juga merakamkan gambar ini. Akhirnya bertemu dengan 2 orang wanita Jepun, yang menerangkan kepada saya jalan balik. saya boleh balik menggunakan train yang sama / atau keluar dari bangunan ini dan menaiki kereta kuda dengan bayaran 1000 yen lebih kurang RM30.00 .
Tempat menunggu kereta kuda
Train dah bertolak balik, so saya ingin mencuba menaiki kereta kuda pulak...kita tengok mana kuda-kuda ni nak bawa saya....
Tiket dah beli...sementara menunggu kereta kuda sampai , nak mintak tolong sesiapa yang sudi ambilkan gambar saya di sini. Jom...
Di hadapan bangunan ini terdapat sebuah kedai omiyage / souvenir , kena beli sekurang-kurang 1 omiyage sebagai tanda kenangan untuk diri sendiri. Maklum saja kena budget sebab masih ada 12 hari lagi di Kyoto sebelum saya menginap di Osaka pulak. Kalau nak cari hotel murah, perancangan kena buat dalam 1 tahun.....booking hotel / homestay dulu...baru booking flight. Sebabnya ada hotel yang tidak charge sehingga anda menginap dan cancellation boleh dibuat pada tarikh yang ditetapkan pihak hotel.
Mintak tolong seorang Pak Cik yang berniaga di gerai berdekatan ambil gambar saya, nak gunakan tripod , masa dah tak mengizinkan, nanti kuda - kuda tu tinggalkan saya kat sini,,, memang menangis dibuatnya. Maklum je tak kenal sesiapa..
Nak bergambar nakal-nakal...malu pulak tapi teringin nak buat giler-giler sikit..takut dikatakan giler pe pelancong ni....
Dari jauh dah nampak kereta kuda tu...cuaca agak sejuk di sini tapi excited punya pasal...kesejukkan terasa bagaikan kepanasan yang menenangkan jiwa. Tak sangka panas pun boleh tenang...macam-macam hal.... Sekali sekala saya melihat jam di tangan, nak pastikan waktu solat.
Di antara omiyage / souvenir yang dijual di kedai ini.
aaa Kawai neko desune!! Kalau dilihat pada harga lebih kurang RM32.00 , yang kecil tu agak murah ..so nak ambik tak ambil ni...
Yang berbentuk burung hantu pun lebih kurang RM100 lebih...rasanya saya cari yang harga dalam RM5 , itupun kalau ada. Akhirnya saya beli beg untuk isi barang..
Selamat tinggal Torokko Train, InsyaAllah jumpa lagi..kereta kuda dah menunggu....
Terpaksa minta salah seorang pelancong mengambil gambar saya , Di atas kereta kuda ini terdapat 2 lelaki dari Cina , 1 pelancong Jepun dan 1 Mat Saleh termasuk saya , 5 orang semuanya. Entah ke mana kuda ni nak bawa...kita ikut je...Saya ingatkan saya sorang je tadi yang naik kereta kuda ni....
Seingat saya lebih kurang 25 minit juga perjalanan dengan kereta kuda ni...staff yang bawa kami , bercakap di dalam loghat Jepun yang saya kurang faham..., kalau rasa faham cuba-cubalah senyum dan bertanyakan soalan , kalau tak faham buat lah kerut-kerut dahi....Agak bernasib baik sebab ada seorang pelancong Jepun yang perempuan tu , cantik orangnya pasangannya si Mat Saleh tu...dia lah berkomunikasi dengan staff tersebut. Dalam kereta kuda dah ditulis jangan berdiri tapi saya memang tak senang duduk, sekejap berdiri, kejap pindah ke depan , kejap ke kanan, ke kiri, asyik beralih tempat duduk sehinggakan staff Jepun tu asyik-asyik memandang ke belakang,,,takut saya jatuh.
Yang anda perlu tahu, kalau anda tak faham satu patah pun bahasa Jepun, mereka akan tetap menerangkan / guide anda sepanjang jalan. So nasihat saya, cubalah pelajari basic Japanese...sekurang-kurangnya kalau anda sorang ditakdirkan naik kereta kuda tu bolehlah jugak berkomunikasi dengan mereka. Orang Jepun memang suka kalau anda boleh berbahasa Jepun, walaupun sedikit perkataan yang anda cakap mereka akan menganggap anda cukup hebat.
Nampaknya kita semakin menghampiri tempat untuk menaiki bot...saya rasalah....saya pun tak pasti....kita ikut saja pelancong-pelancong yang bersama-sama saya ni...
Terdapat sebuah bangunan yang sederhana besar, di dalamnya terdapat banyak omiyage / souvenir dan makanan segera. Saya hanya makan pagi tadi di hotel, nasi kosong yang saya beli di Lawson ( kedai macam 7 eleven) dibuka sepanjang 24 hours dengan sayur dan salad serta kimchi , my favorite serta jeruk daikon ( lobak putih), sampai sekarang dah berapa jam tak makan sebab bukan senang nak dapatkan makanan halal di sini. So tahan perut, nanti saya nak ke Chibune, Osaka lebih kurang 1 jam 12 minit perjalanan itupun kalau saya tak sesat dalam station / dan tak silap ambil train. Sebenarnya saya dah beberapa kali silap naik train, sesat dalam station itu memang wajib , berpusing-pusing di tempat yang sama itupun memang wajib...adoi platform banyak, exit pun banyak orang pulak terlalu ramai, bukannya mudah nak ingat walaupun dah beberapa kali melalui station yang sama,,,tak juga dapat ingat jalan keluar. Disamping itu anda juga perlu pastikan train menuju ke destinasi yang betul serta pastikan juga samada train Ekspress / semi ekspres / normal (biasa ) Berkemungkinan train tersebut tidak berhenti di station yang anda inginkan. Perut dah berbunyi-bunyi. mendayu-dayu kerana kelaparan.
Tak sabar nak ke Chibune selepas ini, di sana nanti boleh solat dan menjamu selera di restauran makanan Pakistan . ( memang sedap dan anda perlu cuba ), saya ada masukkan entry mengenai masjid dan makanan halal di Chibune dalam blog saya sebelum ini. Kalau saya atau keluarga datang pastinya Chibune menjadi tempat yang wajib kami singgah.
Tak sabar nak ke Chibune selepas ini, di sana nanti boleh solat dan menjamu selera di restauran makanan Pakistan . ( memang sedap dan anda perlu cuba ), saya ada masukkan entry mengenai masjid dan makanan halal di Chibune dalam blog saya sebelum ini. Kalau saya atau keluarga datang pastinya Chibune menjadi tempat yang wajib kami singgah.
Saya dah sampai ke destinasi untuk perjalanan seterusnya. Emmm mana kaunter beli tiket ni?? aahh itupun dia, tiket dah beli , kita tunggu sehingga nombor tiket dipanggil dalam bahasa Jepun , kalau anda tidak berada di tempat menaiki bot selepas nombor anda disebut, staff dari bot berkenaan akan datang mencari anda.
Di antara gambar-gambar yang saya ambil ketika menunggu bot, tertarik dengan gambar budak perempuan ini yang juga seperti saya kagum dan begitu teruja untuk meneruskan perjalanan kembali ke tempat asal.
Gambar di dalam tempat menunggu dan di bawah ini tempat menunggu bot, bagi mengelakkan dari berebut-rebut, adalah lebih baik anda menunggu di dalam sehingga nombor anda dipanggil, lagipun sejuk kat luar tu....errrrrrr...sejuk, errr menggigil ..
Ini tiket bot, dan nombor bertuah saya 263, agaknya dah lebih 200 orang hariini saja, tak sabar menunggu nombor giliran dipanggil.
Ni Hyakuk Rokuju San.... dalam Bahasa Jepun ( Dua Ratus Enam Puluh Tiga )
Pemandangan di bahagian dalam bangunan , terdapat banyak omiyage tapi lebih kepada benda makan seperti cookies, kuih-kuih yang comel-comel , senbei untuk dibawa pulang. Saya tak beli sebab tadi dah beli, 1 tempat 1 omiyage cukup. Simpan duit untuk shopping beg di Tenjinbashi rokuchome / Nanba
Nombor saya dah dipanggil ...tunggu apa lagi, jom....perlu segera turun untuk dapatkan tempat duduk yang tepi sekali bagi memudahkan saya mengambil gambar nanti. Maka bermulalah fasa ketiga, perjalanan saya menaiki bot, yang dikendalikan oleh 3 orang , seorang Pakcik, dan 2 orang anak muda...yang sorang tu...emmm...manis senyumannya...itu kata saya lah..hehehe. Aishh kalau dah gatal tu gatal jugak....mula-mula tu saya tak perasan sebab dia berada di belakang bot..... masa saya menoleh untuk mengambil gambar , rupa-rupanya ada lagi pemandangan yang lebih menarik...heheh...Sekali-sekala ...saya akan menoleh ke belakang....lepas tu dah jadi kerap menoleh....bimbang juga kalau kepala tak boleh toleh depan semula...mengugat ketenangan saya jer...nampak tak staff yang belakang tu .....saya ambil kesempatan masukkan gambar dia bersama....pandai tak saya..hahahah..adoh !!!
Jangan sombong dan sentiasa merendah diri bila melakukan perjalanan seorang diri,....Di dalam bot ini saya dapat berkenalan dengan 2 orang Jepun ( anak dengan mak ), mereka pun pertama kali menaiki bot ini. Chotto kowai desune!!! ( takut sikit saya kata pada mereka ), so desune,,,kata mereka.....Doko kara kimashtaka? ( awak datang dari mana ) , saya pun menjawab...Maresia kara kimashita? ( saya dari Malaysia ) ahh so deska? ( ohh ya ka ? ) issho ni shashin torimasenka ? ( boleh tak kita ambil gambar bersama-sama ? ) ii desuyo ( boleh ) ...maka bergambarlah kami sepanjang perjalanan, mereka berdua peramah orangnya....tapi ada juga yang perkataan yang saya tak faham....sebab dah lebih 40 tahun meninggalkan Jepun dan silap saya juga tidak mempraktikkan bahasa tersebut selepas pulang ke Malaysia. Seingat saya 15 orang dalam satu bot, kebanyakan pelancong luar negara, yang belakang saya dari Cina.
Bukan mudah nak ambil gambar sendiri ni...kejap-kejap guna telefon... lepas tu rakam video, nak ambil gambar pemandangan lagi dengan kamera, mana nak jaga tripod, backpack lagi....ini nak pegang yang tu nak pegang....mana nak pegang plastik hijau yang diletakkan disekeliling kami supaya bila melalui jeram taklah basah disimbah air. Baju basah tak pa...jangan kamera dan telefon yang basah. Bila melalui jeram, staff tersebut akan memaklumkan kepada kami...tolong litupi diri anda dengan plastik hijau dan pegang tali kuat-kuat takut jatuh
Wooo best giler!!! hahaha...orang belakang pun turut woooo, ada yang takut...ada yang diam...tapi saya hanya dengar suara saya yang paling kuat di antara mereka..wooooo wooooo ... omoshirioi desune....( seronoknya ) terkeluar saja dari mulut kerana teruja. Alamak tak nampak pulak gambar staff manis kat belakang tu..cuba ambil sekali lagi..
Ahhh tu pun dia....konon-kononnya nak ambil gambar sendiri tapi sebenarnya ada udang di sebalik batu....tak clear lah pulak...tak pa saya akan cuba dapatkan gambar beliau yang clear ...mintak-mintaklah lama perjalanan bot ni....
Mengikut Pakcik yang mengendalikan bot tersebut...terdapat beberapa jeram yang akan dilalui sepanjang perjalanan, ada yang kuat airnya dan ada yang sederhana...berhati2 , jangan berdiri dan pegang tali yang disediakan dengan kuat serta litup diri anda dengan plastik hijau.
Bila berada di kawasan air tenang , masing-masing mengeluarkan kamera dan merakam sebanyak mungkin gambar, termasuk saya sudah pastinya tidak akan melepaskan peluang keemasan ini...ehh mana pulak staff manis saya tadi....jangan-jangan jatuh dalam air tak!!!
Di antara pelancong-pelancong dalam bot ni...masing-masing menghayati keindahan alam semulajadi dan mendengar dengan teliti penerangan yang diberikan oleh Pak Cik bot.
Pegang jangan tak pegang Pak Cik..nanti basah...ada satu ketika saya terpaksa gigit plastik hijau tu sebab nak ambil gambar.....
Pemandangan di sekeliling belum lagi berubah wajah, masih terdapat pokok-pokok hijau yang sepatutnya berubah warna daunnya menjadi kemerahan ataupun kekuningan. Bukan mudah nak rancang supaya dapat datang tepat pada waktunya. Menurut staff manis ...kalau pada musim bunga...kawasan di sekeliling akan dilitupi dengan bunga-bunga sakura yang cukup cantik....
Dah hampir sampai tempat pendaratan, mereka memberhentikan bot menunggu sebuah bot lagi yang menjual makanan lauk segar yang dipanggang dan minuman. Bolehlah anda menikmati hidangan lauk segar tersebut...seperti sotong dan masakan panas. Sementara berhenti saya minta tolong salah seorang dari staff ambilkan gambar kami..rupa-rupanya lebih dari 15 orang dalam satu bot...kejap nak kira...1, 2.....hemm 20 orang tidak termasuk 3 staff . Kenalan Jepun tanya ...nanika tabemasuka? ( nak makan apa-apa ka? ) saya pun tak berani nak makan ,..so saya katakan ii desuyo..dozo...onaka ga mada ippai desu..( tak pa silakan,,,perut saya masih kenyang ), mereka pun order sotong fresh bakar .....bau harum semerbak... tiba-tiba ...hait hait ...kore tabete mite ...oishii desuyo ! ( cuba makan sotong ni...sedap...si ibu terus dengan penyepitnya yang terdapat seekor sotong yang agak besar menyumbatnya dalam mulut saya...tergamam juga saya dibuatnya sambil terus mengunyah dan menelan...nak kata apa lagi sebab terkejut dengan tindakan beliau. Nasib baik sotong tersebut hanya dibakar biasa.
Anda nampak tak wanita yang berambut putih tu .... sebelum turun dia sempat mengucapkan 'Thank you and I will definitely be back in spring to view sakura..oleh kerana staff manis ( pandai-pandai jer bagi nama) tak faham apa yang diucapkan...inilah kesempatan dan peluang keemasan saya untuk bersembang dengan staff manis akhirnya.. dia tertanya-tanya apa yang dikatakan oleh wanita tersebut...nani! nani! nanto ittemashtak? yoku wakaranai na ? maksudnya..apa? apa ? yang wanita tu cakap saya tak berapa faham? Saya pun dengan relakan hati ewah ..bukan rela hati tapi merelakan hati bagitau...ano... hito / kanojo wa sakura no toki mata kuru tok ittemashtak kara..totemo tanoshikattak desu...domo arigato gozaimashtak , saya translate ke bahasa jepun , aahh so so deska.. arigato...( oh ya ka...terimakasih ). Bila staff manis jawab..saya pun tersenyum dan terus mengajukan soalan seterusnya...chotto ii desuka...issho ni shahsin torimasenka? ( boleh ka kita ambil gambar bersama ? ) staff manis menjawab ii desuyo ( boleh )...saya mintak anak kenalan Jepun yang saya kenal dalam bot tu tolong ambilkan gambar..dan jeng - jeng akhirnya
Dalam gambar tak fotogenik...jangan kutuk ...emamngnya manis kat luar gambar...tak bohong..huhuhuh...kalau tidak buat apalah saya bermuka tebal nak bergambar dengan staff manis. Pada mula tu tak sedap hati juga nak ambil gambar kami berdua saja, ( walaupun jauh disudut hati ...kita dua cukuplah tak payah panggil Pakcik bot dan staff yang sorang lagi tu, lepas bergambar baru kita panggil Pakcik bot). Mungkin Allah mengetahui isi hatiku..huhuhu mereka berdua sibuk melayan orang lain...inilah gambarnya..hehhheh
Bila balik tunjuk dekat adik dan sepupu , apalah kakak ni... mcm tu kakak kata manis....suka hati kakak lah ya tak... takkan semua sama taste.... ada suka pedas...ada suka manis...hahaha. Lepas tu mereka tanya..kakak tak tanya nama dan address dia ka? ...alamak terlupa..ahhh!!! tidak memang betul-betul terlupa...sebab seronok sangat naik bot . Bila dah naik di darat , saya berbual-bual seketika dengan dua beranak tu...tapi mata saya sekali - sekala menjeling staff manis...sebab ada banyak benda nak tanya...tiba-tiba jer...mereka dah berada di tengah sungai...rasa nak panggil ...chotto matte ( Tunggu ) mada hanashii ga arimasu node...( ada perkara yang saya nak cakap ) tapi takut suara saya akan mengugat ketenangan alam semulajadi..hhuhuhu.. maka saya relakan pemergian staff manis dengan harapan semoga kita kan bertemu lagi hahahah....buat dah....Makcik ni...gurauan saja ya.
Ini di antara video yang saya ambil menggunakan telefon bimbit Lenovo
Satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan ..bagi anda yang berminat, cubalah memang berbaloi dengan apa yang anda bayar. sekiranya anda dapat datang pada waktu yang tepat di mana sakura berkembang mekar, pastinya anda akan kagum atau ketika autumn yang dikeliling dengan daun-daun berwarna kemerah-merahan dan kekuningan sudah pasti akan membuatkan anda terpesona. Rancang percutian dan perjalanan anda , selainnya berserah pada Allah. Ingat...PERCUTIAN ITU SATU IBADAH,,,,INSYAALLAH DIPERMUDAHKAN ALLAH . DI MANA SAJA ANDA BERADA, ALLAH BERSAMA ANDA DAN JANGAN LAH PULA ANDA LUPA PADANYA