Menjejak kaki di Arashiyama, satu kawasan yang cukup indah dan menarik amat menenangkan hati. Walauabagaimanapun bunga sakura hanya dapat dilihat dibeberapa kawasan tidak semua kerana terlalu awal
Di sepanjang jalan ini terdapat kedai-kedai yang menjual omiyage ( souvenir shops ), dari kuih, saputangan, dompet kecil (handmade bags), kipas dan banyak lagi omiyage2 yang terdapat di sini yang boleh membuatkan anda tiba-tiba oh! ah! yang tu cantik la! rugi kalau tak beli yang ini. Bagi anda yang suka shopping bawa duit lebih sikit. Nasib baik saya bukan jenis orang yang suka bershopping sebab ia merugikan masa saya untuk mengambil gambar.
Pemandangan seperti di atas ini memang dah biasa, di mana-mana anda pergi terutama sekali tempat-tempat menarik seperti di Arashiyama ini akan kelihatan anak-anak muda dan pasangan masing-masing mengenakan pakaian tradisional mereka. Ada di antara mereka yang tidak keberatan bergambar bersama.
Beg-beg kecil sesuai untuk souvenir
Di antara bungaan yang terdapat di sepanjang jalan.