Tuesday, January 7, 2014

Sayang

Assalamualaikum semua, 

Hariini saya tak tahu kenapa agaknya hati terasa bengang ke bangang ke tapi perasaan pada pagi ini bercampur sedikit geram, akhirnya saya mengalah dengan perasaan saya sambil tersenyum. Ceritanya begini, saya mula kerja pukul 7.30 pagi, sempat juga menggoreng ko teow , kalau ada lada sulah lagi best jadi cepat-cepat ke office dulu punch pukul 7.00 dan terus ke market yang tidak jauh dari situ. Dah seminggu teringin sangat nak makan nenas, cari nenas dulu baru cari lada sulah di market. Harga nenas 1 biji RM3.00, 2  bulan lepas RM2.00, semalam makan kat office teh tarik RM1.70 , mee goreng RM3.00. Itu belum makan nasi, pernah satu ketika saya makan dengan kawan 1 pinggan nasi dengan sedikit sayur, 1 ekor ikan bakar dan 2 gelas air sirap limau sehingga mencecah RM9.00. Sekarang ni semua mahal, terpaksa berjimat kalau nak melancong, oh yaa, sebenarnya nak cerita pasal perkataan SAYANG ni tadi dah melalut-lalut ke kisah lain.

Selepas beli nenas saya ke kedai runcit yang dimiliki oleh pasangan India , tercari-cari mana lada sulah, si isteri pun tanya  nak bekas besar dalam botol, kalau bekas kecil dalam plastik dengan harga RM1.50. Saya ambil bekas plastik, oleh kerana cermin mata tak pakai  teraba-raba mencari wang siling 50 sen. Si isteri pun cakap tak apa adek, bagi RM2.00 . Saya keluarkan RM2.00 dan menghulurkan pada si isteri. Dia kemudian menyerahkan wang tersebut kepada si suami sambil berkata SAYANG! SAYANG! bagi 5 kupang ( 50 sen ) balik. Mula-mula tu saya ingat dia cakap bahasa Tamil rupa-rupanya tidak. Saya mengambil baki wang tersebut dan berlalu pergi. Masih terngiang-ngiang perkataan SAYANG! sepertinya ada orang yang memanggil saya dengan panggilan itu dari belakang. Bila ditoleh ke belakang , maupun kekiri  , kekanan tak ada orang pun...perasan je lebih... heheheh. Pagi-pagi dah buat saya geram ni (gurau saja ya) , sememangnya bagus dan bahagia rumahtangga mereka, bukan sahaja penggunaan dan kefasihan bahasa menyebut perkataan SAYANG dengan lembut dan mesra tapi disebut oleh kawan-kawan India. Sememangnya saya irihati  ni!!!! anda bagaimana???