Wednesday, April 30, 2014

SAKURA - GION AREA JAPAN





Assalamualaikum, 

Terlebih dahulu saya menyusun sepuluh jari kerana begitu lama saya tidak menulis di blog, dan kini tiba masanya saya kembali dengan cerita-cerita percutian saya di Osaka, Jepun. Percutian saya pada tahun ini adalah bersama dengan kawan baik semasa kami menuntut di Tokyo, Jepun  satu ketika dulu. Keluarga saya pula menyusuli 1 minggu kemudian. Pada tahun 2014 ini saya cuba mendapatkan tarikh yang sesuai untuk menikmati keindahan musim bunga dan Alhamdulillah tarikh yang saya pilih tidak mengecewakan.   


Bertolak dari Kansai International Airport, Osaka ke Nanba station, seterusnya ke Sakuragawa Station
If you planning going on your own without having a tourist guide or by travel agency, then make your own plan, Firstly you need to search for places ( tourist attractions ), shopping area , and if you're  food lovers be sure to add it in your lists as well, find as many as you can, as for me i love taking pictures so I did lists down a few places ,then by  using goggle map, you can  figure out the costs, time , transportations for your trip. Its quite cheaper , comfortable and you can stay in one place as long as you want . I took lots of photos this time, be sure to stay with me in this trip ...We  were in Japan for 2 weeks and my family came a week later. I have already made all the itineraries for us and I will be their guide so I need to explore all the places  and make sure a week for my family is more then enough.. , who knows I might get extra tips..heheh


This is how i make my itinerary after gathering all the information started from day 1 to day 11, it looks simple but honestly it took me a few month to do it but you won't be disappointed. Once you arrive be sure to go to the information centre in Kansai airport if you need more info about passes offer when using subways in Osaka and Kyoto.



Hari pertama hingga  hari ke lima  saya dan kawan menginap di sini, ramai juga pelancong-pelancong asing termasuk orang Jepun yang menginap di sini, harganya berpatutan cumanya agak jauh berjalan sekiranya anda banyak menggunakan subway sennichimae Line. 3 hari berturut-turut sesat, salah keluar exit saja anda terpaksa berjalan agak jauh ke hotel, rasa macam nak tercabut kepala lutut, masuk hari ke 4 dah tak sesat tapi kaki dah mula bengkak, maklumlah di Malaysia, manja-manjakan kaki, ha baru padan muka, sebenarnya sebelum ke Jepun ni saya dah buat latihan berjalan kaki selepas waktu kerja, tapi rasanya tak memadai, kasut pun dah tukar yang flat supaya lebih selesa jalan tapi minta ampun , ku gagahi setiap hari dengan penuh kesakitan tapi buat-buat kuat sebab datang dah mahal, rugi kalau duduk kat hotel saja,  oleh itu nasihat saya pastikan betul-betul exit untuk keluar dari subway supaya anda tidak sesat dan merugikan masa,  kalau yang tak boleh membaca tulisan kanji, cuba ingat sign atau apa saja yang anda rasa dapat membantu anda untuk keluar ke exit yang paling hampir dengan hotel. Yang menjadi masalahnya ketika kami sampai di Sakuragawa, banyak sangat exit, jadi main ikut kata hati,  hujan pulak masa kami sampai, turun tangga naik tangga, menjengok kalau-kalau ternampak signboard hotel...tak juga. Nasib kami baik bila hujan agak reda saya terus ke kedai LAWSON di seberang jalan, beli 2 payung, harganya 900 yen setiap satu. Sempat juga bertanya arah ke SMILE Hotel. Agak jauh juga dari situ, lebih kurang pukul 11.30 pagi kami tiba di hotel, staff di situ kumpulkan beg di satu bilik  



Berehat sekejap di ruang makan hotel.  Di ruang legar ini semua yang disediakan percuma, kopi, air sejuk, air panas malah bagi mereka yang bukan islam boleh sediakan sup anda sendiri di sini. Kami sempat beli Tuna Onigiri dan mineral water di kedai LAWSON convenience store tadi, makan dulu, sambil kumpul tenaga dan melihat itinerary serta peta sebelum memulakan perjalanan ke Gion.  Hujan dah makin reda cuma awan mendung dan keadaan agak gelap walaupun pukul 12 t.hari. Kalau ikut itinerary hari pertama sampai, terus ke hotel, simpan barang dan terus ke Gion, disebabkan cuaca masih tak mengizinkan kami terpaksa tunggu check-in dan setelah selesai solat terus saja beredar. Dari itinerary yang saya buat kena naik subway sennichimae line towards Minamitatsumi di Sakuragawa (3 min, 2 stop, 230 yen seorang) ke Nipponbashi, dari Nipponbashi naik subway Sakaisuji Line towards Tenjinbashisuji Rokuchome ke Kitahama station dan dari situ pula ambil Keihan Main Line towards Demachiyanagi ke Gion Shijo station, lebih kurang 49 minit, 8 stop, 400 yen seorang. Saya pun tak ingat pukul berapa sampai sebab banyak kali juga tersesat dalam subway mencari platform yang betul, nasib kami baik  keluar exit yang betul. 



well, I took lots of photos , and it was really beautiful at night.







It was nearly dark and I didn't like taking pictures with flash so I changed the ISO , rotate to self timer function for 10 sec and used the tripod.





Di antara bangunan-bagunan yang menarik hati saya dengan keunikannya yang tersendiri. Tidak jauh dari sini saya dapat lihat pokok-pokok bunga sakura yang sedang mekar di bawah cahaya lampu dan begitu ramai pelancong-pelancong yang mengabadikan gambar mereka di sini. Termasuk saya ...I alwas bring my tripod wherever I go so I can take pictures without disturbing others. Beside  I couldn't find my friend, I think she was lost in the crowds..let her be.... she will need to find me to go back to the hotel..:)





I took a few shots and try to make used all the function with my Nikon DSLR3100





Dah lebih 30 tahun tak melihat keindahan bunga sakura, malam ni betul-betul puas, angin yang bertiup sederhana dan keadaan cuaca yang amat sejuk tidak kami hiraukan. Sesekali bila angin memukul lembut bunga sakura akan jatuh berguguran , nampak macam segumpulan salji putih pulak rasanya. It was so beautiful and I was ah oh..oh!.look! look! over there! but still no response from my friend and I knew she was too excited to see the full bloom sakura


Looks like snow is falling


This was my first time here and I am speechless , beyond my expectation to come here at the right time and place to see sakura blooming at night. hemm I think I did a great job preparing the itinerary before coming to Japan. Now I was thinking if I could become a tourist guide and have my own travel agency...keep dreaming Anna!! keep it going lol..









asalkan nampak kepala ...ok











Bestnya sambil makan malam dengan pemandangan yang cantik, saya cuba nak menyelami hati mereka berdua...agaknya apa yang dibualkan, dan sekarang saya cuba bayangkan pula apa perasaan sekiranya saya berada di tempat mereka. 










Agak terkilan sikit sebab sampai agak lewat, kalau awal sikit tadi mungkin terserempak dengan Geisha tapi tak mengapa, saya ada masukkan dalam itinerary bersama keluarga ke Gion bila mereka tiba minggu depan.





























Bangunan di sini terdiri dari bangunan lama dan moden, tetapi unik dan menarik sekali. Adalah mustahil untuk saya menerokainya dalam jangka waktu yang singkat, lebih-lebih lagi jam dah menunjukkan pukul 9 malam. Bagaimanapun kami terus juga berjalan mengikut cahaya lampu atau di mana saya rasakan tempat tersebut cantik untuk saya abadikan dalam kamera. Apa yang penting saya sentiasa pastikan bila mengambil gambar malam, kamera mesti atas tripod.

2 photos with different flash compensation and exposure compensation 




  
Bila dah semakin jauh dari arah  mula datang tadi, kami pun cuba mengambil jalan pintas, manalah tau sampai ke station. Kaki dah makin sakit, tapi tak jumpa-jumpa juga station akhirnya kami ambil keputusan berpatah balik mengikut jalan yang mula-mula kami datang. Jalan kena pantas sebab dah malam, takut ketinggalan keretapi nanti , tak pasal-pasal tidur kat station. Bila sampai di hotel dah hampir 11 malam, pastikan yang wajib buat dulu, makan dan sempat juga lihat map dan itinerary untuk hari ke 2 sebelum melumur balsam harimau dan menampal koyok di sana sini..heheh. Telan 2 biji panadol dan oyasuminasai!!!! Good Night!

Saya nak tidur dulu, tengok-tegok lah keadaan bilik ni ye....zzzzzz
Walaupun biliknya agak kecil, semua keperluan ada, cuma terkejut sebab katil double bed nya terlalu kecil, kalau untuk suami isteri ok lah. 





We didn't expect the double bed was too small, so we agreed to sleep the other way around, head next to the wall...well next time we should take twin bed. Bila kepala dah dekat dinding , kaki dah tergantung-gantung dibuatnya. Yang penting boleh tidur dengan selesa untuk 5 malam ini. . Oyasuminasai!!! Goodnight!! 



I am a freelance photographer
studied photography in UITM and Tokyo
still have lots of things to learn about photography
Love travelling,Love Fishing
 Nature's Lover
&
Love my country and Japan

Ginkakuji and Path of Philosophy - Travel series - 2


My family came a week after that and I took them to Gion area once again , sakura were still blooming and they were really excited and speechless to see it
















  








































































It was late and we need to catch the last train .....


Dreaming of Sakura....zzzzZZzz



still dreaming or just pretending....