Friday, June 28, 2013

Restaurant Ikan Bawal Panas


Lunch Time at Restaurant Ikan Bawal Panas
Location : Kangar, Perlis, Malaysia


with my cousins and aunt



Ulam-ulam kegemaran saya , kacang bendir rebus, betik rebus, ulam raja, selom, terung rebus dan macam-macam jenis untuk awet muda. If you want to look younger and healthy you need to include ulam ( salad )in your dishes everyday and that's what I am trying to do today and everyday :-))




Restaurant ini menghidangkan berbagai jenis masakan dan ulam-ulaman serta ikan bakar di samping set ikan bawal panas (RM7.00 sahaja mengikut kadar semasa.)  Harga tidak termasuk tambahan lauk pauk lain dan air.






Ayam Percik



 Sotong Masak Merah - Jangan tak cuba kalau anda ke sini



Dimakan bersama jeruk maman dan ikan bakar serta sambal belacan menambah lagi selera anda.



Pelbagai jenis lauk yang disediakan mengikut selera kampung dan pastinya menambat selera anda.






 Sementara menunggu makanan yang kami pesan dihidangkan saya sempat mengambil gambar suasana di dalam restauran dan keadaan di luar . Apa yang menarik restaurant ini bersebelahan dengan sawah padi yang menghijau dan restaurannya juga bersih .



Diantara masakan yang kami order, kerabu, sotong masak sambal, ikan bawal goreng, ikan keli goreng, ayam goreng, gulai untuk 3 set hidangan serta air cincau.


Makanan pun sudah terhidang di hadapan mata, baca doa makan dulu oleh sikecil yang baju biru dan sikecil baju kuning . Kalau pasal baca doa memang pandai sampai erti bacaan pun mereka hafal. Alhamdulillah bagus macam tu. 




Apa tunggu lagi, mailah kita makan pelan-pelan sebelum orang lain habiskan. Makan kena ada strategi, duduk biar dekat dengan kanak-kanak sebab mereka makan sikit, kononnya tapi tengoklah apa sudah jadi....


Ini baru mula....1, 2, 3



Set 1, dan set 2 dah licin, kita cuba tinjau set untuk kanak-kanak, mana tau boleh curi-curi sikit, budak-budak tak kisah..


Habis licin set untuk kanak-kanak... hampa hampa heheh. Cuba tengok sikecil dalia, orang lain semua dah habis dia paling last sekali menghabiskan hidangan dengan begitu berselera sekali. 


Sedapnya tengok Dalia makan




Ha...sampai senget tudung punya sedapnya masakan di restaurant ini.  Orang lain semua dah habis makan, tinggallah sicomel lote ni,,, pulun lekas , lekas. Menikmati makanan secara perlahan-lahan dan menghabiskannya adalah lebih baik dari cepat habis tapi tak jugak kenyang. 

Sessi makan dah selesai,  sessi bergambar pulak


Perut dah kenyang, senyum pun lebih lebar dan lebih manis


Wajah-wajah kenyang kategori budak-budak hehehe


Wajah-wajah kenyang kategori dewasa dan veteran




Soal makan tiada yang menang dan kalah dalam kategori yang dipertandingkan kerana semuanya pemenang yang penting masing-masing perut kenyang.



Sila tuan sila lah datang , nikmati hidangan Melayu Asli