Monday, June 17, 2013

Pulut Udang

Bagi sesiapa yang menggemari Pulut Udang, saya rasa pulut udang sedap yang saya pernah makan adalah di Jitra, kedai beliau bersebelahan dengan Klinik Kesihatan Jitra. 










Inti Pulut Udang 









Selain dari pulut udang beranika jenis kuih lain yang menggunakan daun pisang dijual oleh Makcik Ah. Di antaranya


















Sekiranya anda berada di Perlis, dah tak jauh nak ke Jitra,Kedah iaitu lebih kurang 25 minit, beliau mula berniaga lebih kurang pukul 11 dengan dibantu rakan. Begitulah kehidupan beliau setiap hari, rezeki halal yang dicari mudah-mudahan diperluaskan dan dipermudahkan oleh Allah sehingga ke akhir hayat. Kalau sekarang di Perlis, kenduri kahwin dihidangkan dengan bubur kacang / bubur pulut hitam dan ada juga yang menghidangkan tapai pulut , selain dari nasi apakata kita cuba hidangkan pulut udang pula. Semoga Makcik Ah dan rakannya sentiasa dilindungi Allah dan sihat hendaknya.Terimakasih kerana melayani saya dengan penuh mesra dan membenarkan saya mengambil gambar ini.

Saya doakan rezeki MakciK Ah diperluas, dipermudah dan diperbanyak Allah.

Anda boleh menghubungi beliau untuk tempahan di nombor telefon ini : 012-5162643