Wednesday, June 5, 2013

House

Assalamualaikum,

Nampaknya dalam bulan Jun ini saja, banyak entry di blog saya memaparkan gambar rumah-rumah yang memiliki senibina yang menarik hati saya. 


Seperti yang saya nyatakan sebelum ini saya tidak pandai menulis dan penceritaan saya adalah menerusi gambar-gambar kerana minat yang mendalam terhadap senifoto. 


Gambar ini saya ambil kerana saya rasa ia mempunyai keunikannya yang tersendiri, saya rasa gabungan tingkap dengan rumah kayu itu yang menarik hati saya dan binaannya nampak kukuh, teliti walaupun tidak terdapat ukiran-ukiran tadisional , ia masih lagi menampakkan gabungan yang cukup menarik.




Rumah ini juga dibina bersebelahan dengan kawasan sawah padi dan masih lagi di dalam pembinaan.





Saya tidak dapat bertemu dengan pemilik rumah ini kerana menurut pekerja yang mencuci kawasan rumah berkenaan, pemiliknya menginap di kampung berdekatan. Kemungkinan rumah ini belum siap sepenuhnya... tak sabar saya nak melihat bagaimana ruang di dalamnya. 

Terimakasih