Untuk pengetahuan semua, adik ipar saya ni memang suka sangat memancing laut dalam.
Di antara ikan yang pernah kecundang di tangan beliau..hehehe, ada lagi tak ikan ini di rumah Simpan nanti bila umi pergi, boleh buat masak ikan 3 rasa.
Melihat dari tangkapan hari ini, orang rumah mesti tak marah, jangan pergi balik tangan kosong!!
Beliau juga membeli bekas ais (fridge) khas untuk simpan ikan-ikan ini di rumah. Menurut beliau kalau nak bagi tahan lama dan tak berbau, ikan tersebut jangan kena air, balut dengan newspaper dan simpan. Ada di antaranya sehingga berbulan-bulan masih elok. Kalau buat sup, kari kepala ikan, asam pedas ataupun masak sambal, memang mengancam sebab ikannya masih fresh.
Di antara peralatan memancing yang beliau beli semasa kami sekelurga bercuti di Osaka, Jepun bulan November tahun lepas.
Kemungkinan besar beliau akan pergi lagi untuk survey dan membeli peralatan memancing di Osaka dalam tahun ini. Tengah fikir ni nak ikut atau tak??? Saya akan cuba dapatkan info yang lebih terperinci di mana kedai dan lokasi kedai di Osaka untuk blog yang akan datang supaya anda yang gemar memancing juga boleh mendapatkan peralatan tersebut melalui post ataupun jika anda bercuti ke Osaka anda boleh membelinya di sana.
Terimaksih buat adikku dan adik iparku di atas gambar dan info di atas.