Friday, June 14, 2013

Kerabu



  
Kerabu merupakan makanan yang paling saya suka, cuma menyediakannya mengambil masa tapi bila makan sedar tak sedar, dah licin. Sebut saja kerabu, semuanya saya suka terutama sekali kerabu tauge, kerabu daun selom, kerabu jantung pisang, kerabu bayam, kerabu pucuk paku, kerabu mempelam dan hari inii saya akan sediakan bahan-bahan untuk kerabu pucuk mengkudu.




Nak dapatkan pucuk mengkudu kat belakang rumah sekejap ye. Kesian kat pokok belum sempat naik dah kena ambil




Kerabu Pucuk Mengkudu dengan Bunga Betik


Bahan- bahan 

Pucuk muda daun mengkudu yang besar lebih sedap sebab terdapat juga  pokok mengkudu yang berdaun kecil
sebelah kelapa diparut, 
3 tangkai cili besar, 
6 tangkai cili padi ( kalau tak nak pedas boleh kurangkan ), 
Kerisik ( saya masukkan 6 sudu besar )/ boleh masuk lebih kalau anda suka,
1 atau 2 ulas bawang besar,
2 atau 3 ekor isi ikan yang telah direbus ( boleh guna ikan kembung, saya guna ikan gelama sebab ikan kembung simpan untuk kucing :) 
perahan asam jawa, 
secubit belacan Kuala Perlis ( tolong promote  sikit belacan Kuala Perlis ), 
garam dan gula secukup rasa


caranya

1.bersihkan daun mengkudu, hiris halus-halus dan direbus sehingga empuk. Lepas empuk basuh dan sejatkan airnya.
2.tumbuk cili besar dan cili padi bersama garam, bawang dan belacan
3.masukkan kelapa parut dan tumbuk hingga agak halus,  tinggalkan sedikit untuk dibuat pati santan 
4.Asingkan dalam bekas dan gaulkan isi ikan berserta garam, gula dan perahan asam jawa 
5. Kerisik secukupnya
6.Gaulkan semua bahan tadi bersama pucuk mengkudu
7. Masukkan bahan terakhir pati santan pekat
8. Bunga betik kalau nak masukkan juga, rebus dulu bersama sedikit garam. Gaul dengan pucuk mengkudu



Celoteh

Bukan senang untuk mendapatkan gabungan rasa manis, masin dan masam di dalam menyediakan kerabu ini. Nasib baik saya ada 4 orang pakar perasa, kadang-kadang bila dah terlampau banyak sangat merasa, lidah dah tak tau membezakan masin ke, kurang manis ke...jadi 4 orang pakar perasa iaitu sepupu saya dan mak cik akan menentukan samada kerabu saya sedap atau tidak. Saya tidak mahu tersingkir di awal pertandingan..heheh.  Pada mulanya mereka kata kurang pedas dan kurang manis jadi saya  tambahkan cili dan sedikit gula, kalau mereka kata kurang sedap...tak tau nak tambah apa lagi untuk menyedapkannya! Hasilnya jeng jeng jeng.....mengagumkan dan menakjubkan  
( pakat-pakat meratah , boleh buat lagi ni )