Saturday, June 29, 2013

Apam Gula Hangus




Resepi kita pada hari ini ialah Apam gula hangus. 

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
5 biji telur 
1 cawan susu pekat
1 sudu kecil soda bikarbonat

Untuk Gula Hangus

1 cawan gula
1 cawan air
1 sudu besar margerin

Caranya

1. 1 cawan gula dimasak untuk dibuat gula hangus dan setelah keperangan tutup api. Masukkan air dan masak semula hingga gula larut
2. Setelah gula larut , tutup api dan  masukkan pula majerin dan biar sehingga cair dan sejuk. ( Pastikan ia betul-betul sejuk)
3. Putar telor, gula hangus dan susu pekat dan soda sehingga kembang. ( Saya blend saja semua tu ) dan masukkan ke dalam bekas
4. Masukkan tepung 2 cawan dan kacau sehingga sebati
5. Tapis adunan tersebut dengan penapis supaya ia tidak berketul
6. Sementara itu panaskan loyang dan kukus sehingga masak ( lebih kurang 45 minit )



Saya suka makan dengan kelapa parut yang dimasukkan secubit garam


CELOTEH

Terimakasih kepada kawan saya Nun, untuk resepi di atas. Seperti biasa, saya kena masak menggunakan resepi beliau sebab dia mengasuh baby. Setiap kali nak masukkan bahan-bahan di atas, saya akan tanya dia. Nun,,, nak masuk apa pulak ni, Nun, mai tengok sat..., Nun itu!, Nun ini...hehehe .Di lain masa kita jumpa lagi ....Harap Nun tak marah kerana mengganggu ye!!!


sementara menunggu apam masak, curi-curi ambil gambar anak Nun dengan kawan-kawannya yang sedang lepak kat luar. Sabar ye...belum masak lagi!!!