You can see Togetsukyo bridge from here, I need to take a few pictures before we go to the other side..so stay with me
Jangan tak percaya ,kat sini pun ada masakan curry tau
There's lot of handkerchief with beautiful and unique design . Stop by at Arashiyama if you have plenty of time. Be sure to spend a day here because there're so many beautiful places nearby which I didn't explore yet.
I love senbei, one of my favorite kerepek, crispy snacks with different flavours.
Bagi saya tempat ini amat menarik, suasana disekelilingnya tenang walaupun terdapat ramai pengunjung yang datang melihat sakura di samping menghirup udara segar dan sekali-sekala bau wangian bunga sakura yang dibawa angin yang bertiup lembut membuatkan saya tak sabar untuk ke seberang sungai. Walaupun bunga sakura masih belum memenuhi kawasan ini sepenuhnya tapi di suatu sudut di seberang sungai sudahpun berbunga segar.
Beginilah keadaan dan suasana di Arashiyama, kalau anda lihat di sebelah kiri, yang memakai baju putih dan bertopi tu, mereka sedang menunggu sesiapa saja yang berminat untuk menaiki sejenis kenderaan seperti beca dan mereka akan membawa anda mengelilingi tempat ini sehingga ke station keretapi. Bagi mereka yang tidak mampu berjalan anda boleh mendapatkan perkhidmatan mereka di station keretapi kerana perjalanan ke sini agak memenatkan juga.
Ini beca yang saya maksudkan
Dari sini anda boleh lihat bunga sakura di seberang sungai, ke situlah saya dan kawan akan pergi, jom..
Sekarang saya sudah pun berada di seberang sungai, di sini terdapat pokok-pokok bunga sakura dan ramai pengunjung yang datang samada orang Jepun sendiri maupun pelancong mengambil kesempatan bergambar dan menikmati udara yang segar sambil makan di bawah pokok sakura.
Untuk sampai ke sini agak memenatkan juga tapi suasana sepanjang perjalanan yang cantik dan menenangkan ditambah lagi bila nampak bunga sakura yang pelbagai warna menghilangkan rasa penat.
Click this link for