Monday, December 26, 2016

Osaka Park - Banpaku-Kinen-Koen ( Expo Commemoration Park Osaka) series 3

continue from :Osaka Park-Banpaku-Kinen-Koen series 2
























Taman ini memang luas dan terbahagi kepada beberapa bahagian yang setiap satunya memiliki keunikan dan keindahan yang tersendiri, oleh kerana harini merupakan hari terakhir sebelum bertolak pulang esok, kami cuba untuk menerokai segenap kawasan. 


Tapi tak sempat, setakat yang boleh kami redah je...inipun dah datang awal pagi. 





KARIPAP



Karipap Biasa


Karipap Pusing
 (Gambar ini saya ambil semasa pertandingan memasak karipap pusing), jadi sempat juga saya berlajar cara menyediakan kulitnya dari salah seorang peserta pertandingan


Bahan-Bahan

Untuk Kulit : -
Bahan A
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar margerin
Kedua bahan ini digaul sebati sehingga lembut. Anda boleh tambahkan margerin sekiranya doh agak kering

Bahan B
1 cawan tepung gandum 
secubit garam dicampurkan ke dalam air
Air
Kedua-dua bahan ini digaul sehingga sebati dan tidak melekat di tangan. Tuang air sedikit demi sedikit dan gaul, sekiranya tepung melekat ditangan tambah sedikit tepung.

Ambil bahan B dan buat bulat-bulat 
Ambil bahan A dan buat bulat-bulat

Bahan B yang telah dibuat bulat dileperkan dengan penggelek
Masukkan bahan A ke dalam bahan B, litupkan dan buat bulat
Gelekkan sehingga leper 
Kemudian gulung memanjang
Dengan menggunakan penggelek, gelek sekali lagi tapi mengikut arah memanjang
Kemudian gulung semula dan potong lebih kurang 1.5 cm
Selepas dipotong gelek semula sehingga leper
Masukkan inti

Bahan untuk Inti

Kalau anda suka inti sardin, lebih mudah. Tapi jika anda memilih untuk menggunakan inti ubi atau ayam , daging dan sebagainya agak leceh sikit penyediaannya.

Bagaimanapun hari ini saya pilih cara memasak inti ubi. Kalau anda suka boleh masukkan daging atau ayam untuk lebih sedap.

Bahan-bahan yang perlu disediakan

1. 4 biji ubi kentang bersaiz besar (ubi keledek)
2. sedikit daun sup
3. rempah kari daging / ikan / rempah kurma ( ikut citarasa anda )
4. 1 labu bawang besar dipotong dadu
5. Air
6. Garam dan gula secukup rasa









Urutan Kesihatan








Kak Yah atau lebih dikenali dengan dengan Kak Mek sedang menerima sijil Graduasi 


Untuk pengetahuan semua ,MAMACARE adalah satu program Pennjagaan Ibu Selepas Bersalin di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Program ini bertujuan membantu meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan reproduktif wanita khususnya kesejahteraan keluarga secara umumnya.
Di antara perkhidmatan yang disediakan  oleh Kak Mek :-

 ( untuk wanita sahaja )


1. Urutan untuk kesihatan tubuh badan

2. Wanita yang bersalin secara normal, hari ke 7 dan ke atas selepas bersalin

3.Bertungku, berparam dan berbarut

4 Mandian Bunga

5. Cukur Rambut bayi


untuk mandian bunga , di antara brang-barang / bahan-bahan yang perlu disediakan adalah seperti di bawah.





Caj perkhidmatan:


Mengikut pakej yang ditetapkan oleh pengamal
Bagi mereka yang inginkan perkhidmatan ini bolehlah menghubungi Kak Mek di talian berikut  : -

TEL ; 019-4429286

alamat :


29 Bunga Raya 2,Kangar, PERLIS



Untuk keselesaan, anda diminta membawa kelengkapan sendiri seperti :-

➤ Kain Sarung ( urutan kesihatan )
➤ Tuala Mandi ( untuk sauna )
➤ Tuala Wanita
➤ Kain Barut
➤ Batu Bertungku ( jika ada )


CORETAN : -

Urutan kesihatan dan bersauna dapat menghilangkan rasa penat dan melancarkan peredaran darah, saya dah cuba ...anda bagaimana!!!

😍 anjasukma


SELAMAT MENCUBA

Menunaikan Umrah Bersama Keluarga

Syukur alhamdulillah,

Akhirnya penantian saya untuk menunaikan umrah terlaksana jua, syukur saya ke hadrat Ilahi kerana menerima kunjungan hambanya yang kerdil ini di bumimu Ya Allah. Syukur hambamu mu ini kepada mu YA ALLAH  di atas segala kenikmatan, di atas segala rezeki , di atas segala kesenangan, kemudahan, kesihatan tubuh badan di atas segala-galanya yang engkau YA ALLAH anugerahkan kepadaku dan keluargaku sepanjang kami berada di Mekah dan Madinah. Alhamdulillah , Alhamdulillah, Alhamdulillah ....




Alhamdulillah hambamu ini memanjatkan kesyukuran di atas segala apa yang kau berikan selama hidupku ini, semoga YA ALLAH jua melimpahkan segala kebaikan di dunia maupun di akhirat kepada saudara-saudaraku yang beriman walau di mana saja berada. AMIIN.



































Mama 




















































































































































































































































































































Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa manisnya pengalaman menunaikan umrah ,  walaupun pada mula saya juga ragu-ragu samada pemergian saya ke Tanah Suci Mekah ini akan berjalan lancar atau pun sebaliknya. Ini adalah kerana banyak cerita-cerita yang menakutkan, yang saya dengar dan baca mengenai pengalaman mereka-mereka yang menunaikan umrah.  Apa yang nak saya kongsikan di sini adalah supaya sebagai hamba Allah , setiap apa yang berlaku itu adalah kerana perbuatan kita sendiri. Sebagai manusia yang tidak terlepas dari melakukan dosa , hendaklah kita sentiasa sedar di atas segala kesilapan dan bertaubat. Begitu juga diri ini, takut sekiranya Allah tidak dapat menerima saya sebagai tetamunya...takut sekiranya saya tidak sempat menjejakkan kaki di bumi Mekah kerana dosa-dosa yang telah saya lakukan semasa hidup ini, sepanjang masa , setiap ketika, setiap detik dan setiap nafas saya ini...sentiasa dihantui dengan ketakutan, keresahan, kebimbangan sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah. Oleh itu sebelum saya ke sana, saya banyak melakukan solat taubat memohon keampunan dari ALLAH, memohon ampun kepada keluarga dan rakan-rakan , semoga pemergian saya sekeluarga sebagai tetamu Allah mendapat keberkatan dan kerahmatanmu. Kemanisan beribadah di Tanah Suci Mekah masih terpahat, sesekali airmata ini membasahi pipi , sebak kerana Allah menerima kunjungan hambamu ini tanpa sebarang halangan, betapa Allah Maha Pengampun, Maha Mengasihani.