Tuesday, December 18, 2012

BEGINI KISAHNYA...


Bakal Menantu


Sememangnya tidak dapat dinafikan penggunaan Bahasa Inggeris telah mempengaruhi hampir  keseluruhan masyarakat kita , kalau boleh bercakap Bahasa Inggeris saja dah kira bagus, Bahasa Inggeris ni bukan setakat orang sekarang , orang dulu-dulu pun dah pandai berbahasa Inggeris. Kalau nak ke pasar , Jom kita pi market, Tolong ambil sikat mak atas setboard tu….ini antara perkataan yang seringkali digunakan , Ingat lekeh sangat ke orang dulu. Sekarang ni berlumba-lumba nak cakap Bahasa inggeris , kalau di kampung boleh cakap dua tiga patah perkataan , dah rasa macam duduk kat London, tapi saya rasa macam baru duduk dalam kapalterbang untuk ke London..huhuhu,  ditambah pula  anak dapat  berlajar di luar negara, si anak memang dah kita tahu boleh  berbahasa Inggeris, tapi yang lebih-lebih si Mak, Abang nak saya bancuh coffee bukan kopi lagi dah, gurau jer…takkanlah sampai macam tu sekali..my son berlajar di UK 4 tahun and next year dia buat Master , so you know, very busy body …Busybody tu orang yang suka campur urusan orang lain Makcik , makcik taulah saja gurau tadi tu…  hebat betul ya anak makcik ..tanya anak dara kampung, Dira . Bukan apa tu! nak pasang strategi kena ngorat mak nya dulu. 

Macam bawa kereta masuk gear 1 dulu , bawalah lauk masakan sendiri, dah tak kira sedap ke tidak untuk anak makcik makan.  Masakan ni kena buat dengan perasaan kasih sayang baru menjadi.. terasa  asam garam, manisnya Gear 2, selalu-selalulah jengok bakal mak mertua, tanya khabar , Gear 3 , bawalah bakal mak mertua berjalan-jalan keluar makan ke, shopping ke, pendek kata jangan kedekut sangat, setiap rezeki yang kita sampaikan pada orang lain akan dibalas dengan rezeki yang berlipat kali ganda tapi mesti IKHLAS..itu yang nak pesan dari tadi tu!! Gear 4, Belilah kain atau kalau mak mertua yang jenis suka  bergaya tu belilah  pin broch yang besar tapak tangan tu, dari jauh dah nampak bersilau-silau, Tudung yang ada manik-manik besar tu ke..ini bukan pendek kata lagi, panjang kata perhatikan cara pakaian beliau, pujuk mak mertua ni susah sikit, bapak mertua ni rasanya takpa...beli durian satu guni kalau dia suka durian, yang penting pikat mak dulu....  Gear 5, kenalilah semua ahli keluarga beliau, buat baik jangan berlakon, ikhlas , kenalah sopan-santun, orang tua ni suka menantu yang lemah lembut, suara tak tinggi, surau garau ke parau ke tak pa, bukan saja nak buat, Allah dah bagi macam tu, kalau cakap biarlah volume tu antara dengar dengan tak…..ehh betul ke ni!! gelak tu controllah , jangan sampai nampak anak langit, anak tekak,  itu pesan kawan sepejabat, mesti ada batasnya, kalau baru kenal si dia buat lawak sikit , gelak sampai satu restoran dengar , lebih kuat dari sorakan bolasepak siapa suruh...alamat arini je jumpa esok telefon pun tidak...2 minggu lepas tu telefon jemput datang kenduri kahwin. …adoi adoi,,,,bagus jugak ada kawan yang suka memperingati sesama kita. 

Yang penting dapat tengok bayang Lukman anak makcik Pah pun jadilah. Cuma satu kupinta, janganlah dah masuk semua gear kena masuk gear reverse…kalau dah reverse rasanya tukar kereta lain jer lah, mungkin tak sesuai dengan kereta tu,.. Zaman sekarang sudah tak menjadi hal kalau timba cari perigi ke, perigi cari timba ke…, perigi dah tahu tempatnya,timba lah kena berani cedok air.  Kalau dalam perigi tu carilah tali, tak sampai jugak cari perigi lain.Apa ku kisah !!! Munkin perigi tu tak sudi dengan timba, hehehe .


Yang Lukman ni pulak tak kisah siapa bakal isterinya sebab dia dah malas mencari, pernah kecewa beberapa kali membuatkan dia putus harapan. Jodoh pertemuan itu di tangan Allah tapi kenalah berusaha, hati dah meronta-ronta nak berteman , tengok orang lain ada kawan Dira pun mulalah duduk tak senang sebab dalam kampung tu tinggal beberapa kerat je lagi yang masih bujang , rasa-rasa Dira dialah yang paling lama membujang , orang kampung asyik bertanya, engkau bila lagi Dira? Aduh kenapa sibuk sangat mereka ni, macam dah tak ada benda lain yang nak dibualkan, sekali dua tak pa , kalau setiap kali nampak Dira ,soalan yang sama juga   bukan setakat hati yang panas, telinga  , mata , rambut pun boleh terbakar dibuatnya.  Kau tu bukannya tak ada rupa tapi kenalah berusaha sikit , ini tidak duduk memerap je depan komputer, main Facebook. Aduh pandai makcik Kiah ni , mana dia tahu pasal semua tu. Facebook berhantu kau tau tak, dulu makcik pun tak tahu tapi anak perempuan makcik lah suruh daftar Facebook, senang katanya kalau dia upload gambar, mak boleh tengok , sekarang ni dah lebih 1000 orang kenalan makcik , semua kenalan masa sekolah dan masa kerja dulu. Facebook tu memang ada baik dan buruknya tapi bergantunglah pada diri sendiri, kalau yang baik disalahgunakan , jangan pulak mengkritik Facebook tu, tak faham makcik macamana boleh sampai bercerai berai kerana laman web sosial tu,tapi kalau dijauhkan perkataan sosial jadi so sial….ahhh munkin jugak tak bagus. Ketawa Makcik Kiah buat lawaklah konon tu.  Panjang pulak makcik Kiah berleter harini, kenalan Facebook Dira baru mencecah 400 orang , hebat betul Makcik Kiah ni ya, sambil menggelengkan kepala. Makcik Kiah hanya tersenyum.Kau tu jangan  duduk goyang kaki , kena usaha cari teman. Dah mula dah, ingatkan nak cerita pasal Facebook, bila masuk topik jodoh, kahwin ni rimas dibuatnya. Mulalah cari alasan, Dira sakit perutlah Makcik Kiah, aduh dah memulas-mulas ni, semalam makan garam belacan, Dira minta diri dulu ya lagipun Dira ada kerja rumah nak buat ni. Sebenarnya  harini nak masak asam pedas untuk keluarga Lukman, sebab esok dia akan berangkat semula ke UK menyambung pengajiannya. Dengar kata Mak Pah pun ikut anaknya ke sana.
Setibanya di rumah Mak Pah Dira menghulurkan masakan asam pedas dan sambal ikan bilis 1 tupperware besar untuk bekalan Lukman di sana sebab sambal ikan bilis memang favourite Lukman. How are you today Dira? Terperanjat juga bila Mak cik Pah mengajukan soalan tersebut. Apa kena pulak orang tua ni? Saya sihat-sihat saja Mak Cik, Mak Cik sihat ke? Ohh I am ok je, not sick but ok, you come come , sit. You  wan't drink? Tak payahlah susah-susah makcik, sekejap saya datang ni..ooo good good Berkerut-kerut juga melihat gelagat Mak Cik Pah. Belum pergi Uk dah mula lorat , nanti balik macamana? 

Beginilah kisahnya ,  akhirnya Dira dan Lukman disatukan , Dira pun bukan calang-calang orang , memegang jawatan sebagai Pengurus Bank di bandar besar. Bukan main bangga Mak Cik Pah , ramai orang kampung yang datang meraikan pengantin. Paling membanggakan bila kenalan Lukman berbangsa Inggeris juga datang. Ada juga rasa bongkak bila memperkenalkan anak menantunya, my daughter in raw ! Bukan raw  mak…law, alah sama jer tu. Bila jumpa saja kawan Mat Salleh Lukman, dia dulu sibuk, please come, come..ini bridebroom , bridebroom sambil menunjuk ke arah kami. Mak bukan bridebroom tapi bridegroom   ( Pengantin Lelaki ), kalau bride ( Pengantin Perempuan ) , Broom tu Penyapu mak. Maksudnya dah jadi Pengantin Penyapu.   Ye lah tu, aku tahu saja nak buat lawak.. yelah tu mak    

Gelak ketawa bergurau senda
Kenangan bersama kita berdua
Bahasa Melayu Bahasa Ibunda
Bahasa Inggeris Bahasa Kedua

Kayu belah cincin rotan
Cincin di sarung di jari kanan
Begini kisah hanya hiburan
Ampun maaf saya pohonkan


Thursday, December 13, 2012

Kehilangan

Assalamualaikum semua,

Sepertimana yang kita semua maklum, kehidupan kita ini hanya satu persinggahan. Bila ketikanya kita menemui Pencipta Yang Maha Esa adalah rahsia NYA. Setiap makhluk Allah di mukabumi ini bila sampai saat kematiannya akan dijemput Allah, Bila? Di mana?, Bagaimana? juga menjadi RAHSIA NYA. Oleh itu hendaklah kita sentiasa bersiap-sedia, jangan ingat ohh aku masih muda, sihat mesti orang umurnya 70 an ke atas yang dijemput dahulu.Kata ALLAH, Tidak. Begitulah yang terjadi dalam kehidupan kita tanpa kita sendiri mengetahui dan kehilangan seseorang dalam kehidupan kita adalah satu kesedihan, sesuatu yang kita tidak duga sedangkan kita baru saja bergurau-senda, baru saja bercakap di telefon, berjanji untuk bertemu, berjanji untuk makan malam bersama, berjanji untuk menghadiri kenduri dan sebagainya. Biarpun kita hanya mengenali seseorang tidaklah serapat keluarga kita tapi kehadiran beliau pada setiap hari ketika memulakan kerja, senyuman beliau, gurau-senda, gelak tawa beliau, keramahan dan ketekunan beliau menjalankan kerja dan suara beliau masih lagi terngiang-ngiang di telinga. 

Wajah beliau yang sentiasa mengukirkan senyuman pada hari terakhir bekerja , masih ku ingat lagi, hari Jumaat bersamaan dengan 7hb November 2012, entah kenapa pada hariitu Zah tidak banyak bercakap, beliau menjalankan tugas beliau seperti biasa membersihkan pejabat kami, orangnya masih muda tapi mempunyai tanggungang yang cukup berat dalam meniti kehidupan ini. Mungkinkah pemergian beliau kerana stroke ini kerana sayang NYA ALLAH pada beliau, munkinkah kerana ALLAH lebih mengetahui bahawa beliau tidak akan dapat menanggungnya seorang diri, ALLAH SAJA YANG MAHA MENGETAHUI LAGI SESUATU.....pergilah Zah, aku mendoakan agar tempatmu adalah syurga yang terbaik, yang terindah di antara semua, lupakan saja bebanan di dunia ini, munkin setelah pemergianmu, mereka tidak lagi bergantung harapan yang cukup besar yang tidak mampu kau tanggung. Mereka mungkin menjadi insan-insan yang lebih tabah, bersemangat untuk meneruskan kehidupan ini tanpa orang tersayang di sisi. 

Biarpun aku hanya mengenalimu ketika di pejabat sahaja, aku seringkali mengusik dan sesekali bila aku menyanyi, terdengar sahutan dari mu, kemudian kita akan ketawa bersama kerana tidak dapat menghabiskan lagu tersebut sebab terlupa lirik. Kak Anna, Kak Anna itulah satu-satunya perkataan kalau akau mengusik dirinya yang hanya tertawa dan tersenyum, kerana tidak dapat membalas usikanku. Sepanjang perkenalan kami, tidak pernah kami keluar bersama, cuma kalau ada jamuan hari raya atau, jamuan-jamuan kecil yang dibuat di pejabat, Zah tidak kami lupakan. Beliau sama-sama meraikan hari raya , sama-sama menyediakan hidangan, ketika aku menulis ini pun senyuman manisnya masih jelas terbayang , beliau seorang yang lemah-lembut, sopan santun bukan seperti aku, kadangkala rasa malu juga kerana beliau lebih muda dari aku.Pernah satu ketika kami terpaksa menyediakan karipap untuk jamuan dan aku telah mengajar beliau cara-cara membuatnya, sekelip mata karipap beliau lebih cantik klimnya dari aku, lebih sedap pulak tu. Dah lawan tokei ni aku mengusik, tapi itulah Zah yang aku kenal hanya di pejabat dan dalam waktu yang singkat kerana kesibukan kami bekerja. Selepas pemergian beliau pernah juga terfikir kenapa aku tidak cuba mendekati dan mengenali beliau dengan lebih dekat dan pernah juga terlintas di hati ini, nasib baik juga aku tidak mengenali beliau sebegitu dekat kerana kehilangan seseorang walaupun bukan ahli keluarga kita sendiri adalah sebuah kehilangan yang cukup besar.

Aku masih ingat lagi pada hari Jumaat 7hb Disember 2012, beliau menjalankan kerja  seperti biasa dan berlalu tanpa sepatah perkataan, cuma aku sememangnya dalam sehari mesti ada saja yang aku tanyakan, kalau aku tidak mengusik Zah bukan akulah namanya. Sempat juga aku menyakat Zah sebelum beliau keluar, Zah kejap...entah kenapa aku ingin tahu nama sebenarnya, dia menjawab Sabariah, aku bertanya lagi kenapa panggil Zah, Zah panggilan di rumah dan orang-orang yang rapat dengan beliau. Ooooh jawabku sambil itu aku mengusik beliau..nama yang cantik Sabariah,.... Sabar Yah Sabar Yah aku mengusik beliau....sambil berlalu dengan senyuman manis terukir dibibir sempat juga perkataan ...Kak Anna ni, dan beliau pun berlalu pergi. Pada sebelah petang beliau datang seperti biasa untuk menyambung tugasnya, dan kebetulan pada hari itu, salah seoarang dari kenalan di pejabat kami akan melangsungkan perkahwinan dan sempat juga dia menghulurkan kad kahwinnya pada Zah.

Zah begitu gembira dan tersenyum riang dan sempat juga beliau mengucapkan tahniah dan mengusik sahabatku ini...katanya Akhirnya kahwin juga adikku ini, nanti Kak Zah pi tapi haritu ada kenduri di tempat lain sama......itulah kata-kata terkahir yang aku dengar sebelum pada pagi Isnin 10hb Disember 2012, aku mendapat khabar bahawa Zah berada dalam keadaan kritikal di hospital kerana stroke. Beliau tidak sedarkan diri pada sebelah pagi sehingga beliau menghembuskan nafasnya yang terkahir lebih kurang pukul 11.00 t.hari pada satu tarikh yang tidak akan dilupakan iaitu 12.12.12 (  Rabu )Sempat juga aku melawatmu di hospital, bergenang airmata di kelopak ini cuba menahan dari gugur kerana kau bukan sesiapa , bukan keluarga tapi kenapa sedih ini tak dapat kugambarkan.. Tarikh yang menjadi idaman  pengantin untuk mendirikan istana bahagia , setiap ibu yang melahirkan bayi mereka, tetapi bagi ku tarikh itu hanya kesedihan. Kehilangan besar bagi anak-anakmu yang masih kecil membuatkan hati ini sayu, airmata dan tangisan anakmu di dalam telefon ketika aku mendial nombor telefonmu benar-benar menyentuh hati kecilku....Aku tak dapat berkata-kata mendengar tangisan anakmu, hanya perkataan Sabar...Ketika aku berkunjung ke rumahmu untuk mengambil puding yang kau buat untuk jamuan makan pada hari Isnin, ibumu sempat bertanya....doktor kata darah beku di kepalamu, tak pa kah...??? Aku pada mulanya terdiam mencari jawapan  kepada persoalan ibumu yang sesekali mengalirkan airmata, kugagahkan menjawab , tak pa makcik, doktor nanti keluarkan darah tu nanti oklah dia, dan dijawab oleh dua rakanku...Tak pa makcik,,,dia dalam penjagaan doktor, InsyaAllah semuanya selamat... ibumu tersenyum menampakkan kelegaan dan hatinya nampak tenteram dengan jawapan yang diberikan kami.. begitupun hati kecil ini takut untuk menyatakan perkara yang sebenar bahawa keadaan Zah begitu kritikal, hanya keajaiban dan kuasa ALLAH saja yang bisa menyembuhnya, maafkan kami Zah kerana tidak mampu menyatakan perkara yang sebenar pada ibumu. Sebelum beredar dia sempat juga mengeluarkan kuih pau yang kau simpan di dalam peti ais untuk di bawa ke tempat kerja . sarapan pagi Zah katanya...dan aku sempat juga bertemu dengan anakmu yang paling comel saling tak tumpah rupanya sepertimu , anak yang tidak mengerti apa-apa ini hanya menjawab saja setiap pertanyaan ku. Ya Allah kau berilah kekuatan , ketenangan, ketabahan , kesejahteraan buat anak-anak ini dan ibumu. Hanya doa kupanjatkan pada rohmu Zah, sahabat, adik dan kau juga telah menjadi sebahagian dari keluarga kami di pejabat ini. Semoga kau tenang di sana, semoga rohmu ditempatkan di syurga yang terindah dan berbahagialah kau di sana Zah....AMIN. 

KAU SAHABAT, TEMAN, ADIK DAN KELUARGAKU.....Aku bersyukur dapat mengenalimu.


BERJALAN MALAM BERHATI-HATI
LAMPU MERAH TANDA BERHENTI
GURAU SENDAMU MENCUIT HATI
PERGIMU TIADA PENGGANTI






 Zah yang kukenali..no2 dari kanan