Saturday, February 14, 2015

LAKSA, MEE KARI DAN CENDOL




Laksa


Mee Kari


Cendol


Minuman yang disediakan dalam bekas , nampak menarik, kalau beli untuk jamuan hariraya pasti lebih mudah cuma bimbang satu, mungkin mudah pecah


Kedai Kak Na yang terletak di Utan Aji, jalan menuju ke Gunung Medan, Perlis. Saya suka laksa di sini , manakala teman-teman saya memilih Mee Kari sebagai makanan tengahari dan Cendol. kata mereka Mee Kari nya pun sedap. 

CENDOL



Cendol Biasa dan Cendol Pulut


Saya lebih gemar makan cendol biasa, sepupu saya memilih untuk mencuba cendol pulut


Gerai CENDOL POWER di Lubuk Pinang, Ayer Hitam, Kedah, gerai tepi jalan besar tak jauh dari 1 internet Malaysia. Gerai ini hanya menjual Cedol Biasa, Cendol Pulut, Cendol Tapai. Apa yang saya suka, ia tidak menggunakan santan, dan bahan-bahannya seperti kismis, sedikit jeruk betik dan lain-lain amat sesuai dengan citarasa saya. Dan tak manis sangat.. Bagaimana dengan anda?? Saya diberitahu gerai ini dibuka setiap hari bermula pukul 2.00 petang sehingga pukul 6.00 petang.

WOODEN CHALET D'SOLO, PERLIS



Anda boleh melihat matahari terbenam sambil minum petang

Bagi mereka yang ingin merasai suasana yang nyaman dan selesa dikelilingi sawah padi, chalet 2 bilik berkembar ini memberikan ruang keselesaan untuk anda menikmati percutian impian anda.



Biliknya cukup luas dan dilengkapi peralatan asas seperti electric Pitcher untuk memasak air, TV (LED), penghawa dingin, bilik air yang bersih.


Ruang dalamnya yang selesa


Gambar dengan langsir tertutup


Bila langsir dibukakan, boleh nampak pemandangan yang cukup cantik dari dalam chalet, saya dapat bayangkan betapa cantiknya ketika sawah menghijau. Boleh mengelamun sejenak melihat sawah padi di waktu pagi dengan kicauan burung dan pada sebelah petang pulak, kalau ada goreng pisang dengan kopi panas sambil menunggu matahari terbenam. Alangkah indah dan bahagianya rasa di hati. Bahagia-Bahagia marilah kita nikmatinyaaa....


Teringat lirik lagu D.J Dave..Di desa Kasihku Tertumpah...

Pepohon melambai-lambai
Berburung terbang berkicau riang
Di sini Kasih tertumpah
Indahnya bumi bertuah








Wah tenteram dan damai rasanya kalau dapat bercuti dan berehat di chalet ini.








Sepupu saya pun teringin jugak nak bergambar


Kuda pun ada





Gambar sekitar kawasan chalet



Chalet berkembar 2 bilik

Untuk maklumat lanjut anda boleh click link ini : Informasi Chalet D'Solo, Mata Ayer, Perlis


atau hubungi

Puan Widiyati : 019-4731208

Alamat Chalet :-

KM 3.4, Jalan Jejawi - Tok Kayaman,
Kg. Sungai Mati, Ngulang,
02500 Mata Ayer,
Perlis.




Biasalah jurugambar, mesti nak jugak gambar dengan kuda yang terdapat di Chalet ini. Jinak betul kuda-kuda ni!!


Ala sayang-sayang !!!, nanti kita jumpa lagi ye









Ok nak balik dah ni...huh..nak ikut balik sekali ke!! 










DI DESA KASIH KU TERTUMPAH - D J DAVE




Thursday, February 12, 2015

PAD PET - MASAKAN THAILAND



Sekiranya anda menggemari masakan Thailand seperti Kengsom, Pad Pet dan sebagainya. Anda boleh membeli rempah masakan yang telah siap dibungkus ini di Padang Besar. Kebetulan Kak Cik sepupu saya mencuba rempah Pad Pet yang dibelinya, memang sedap tapi agak pedas. Citarasa saya biar pedas jangan manis. Biar keluar peluh lepas makan ye tak.. Dia hanya masukkan 1 sudu besar rempah digoreng dengan ayam dan sayur. Rempah lain saya tak pasti sedap atau tidak sebab belum cuba. 


Thursday, February 5, 2015

OKOCHISANSO, BAMBOO PATH , DAIKAKUJI, ARASHIYAMA KYOTO JAPAN







































Bamboo Path


From Tenryuji Temple you can get access to Bamboo Path and Okochisanso





Kalau ke Arashiyama, jangan hanya melawat Tenryuji Temple tapi teruskan perjalanan ke Bamboo Path dan Okochisanso. Entrance Fee 1000 yen, lebih kurang RM30.00.








Anda dapat menikmati minuman tea hijau dan sweet cookies di sini dengan harga yang anda bayar dan saya pasti anda tidak akan menyesal sekiranya anda datang pada masa yang betul. 














Ambil gambar dulu sementara menunggu mereka menghidangkan tea hijau dan sweet cookies.











I really loved the green tea and the sweet




























































































































































































































































































































































































































































































































































Kembali ke Sagaarashiyama Station, setelah penat berjalan dari pukul 6.00 am sehingga 1.00 pm. Kena balik solat dulu sebelum buat planning untuk hari esok. Perut dah mula menyanyi-nyanyi. Dari tadi tak sempat nak makan takut sampai lewat.






Sekiranya anda ke Arashiyama, anda mesti mencuba Torokko Train, terutama sekali pada musim-musim seperti autumn atau spring. Oleh kerana orang terlalu ramai hari ini, saya mengambil keputusan untuk datang semula pada hari berikutnya. Course yang pertama anda akan menaiki Torokko train yang akan membawa anda mengelilingi kawasan sungai yang cukup cantik, kemudian terpulang kepada anda samada ingin meneruskan perjalanan dengan menaiki kereta kuda dan yang akhir sekali menaiki sampan. Memang mencabar dan merupakan pengalaman yang tak akan saya lupa sehingga akhir hayat. Click link di bawah untuk ke arashiyama romantic train.

click for entry  arashiyama romantic train