Mempelam Harum Manis termasuk dalam keluarga mempelam atau nama saintifiknya Mangifera Indica Linn ( saya dapat dari internet ), namanya saja sudah cukup terkenal di Perlis dan musim buah tersebut disekitar hujung bulan April dan awal Mei.
Sepinggan RM5.00
Enak dimakan dengan pulut , buahnya yang kekuningan dan ada juga yang berwarna oren keemasan, rasanya manis dan berbau harum seperti namanya sendiri, Mempelam Harum Manis. Bagi sesiapa yang berminat anda perlu cepat sebelum terlambat kerana permintaannya melebihi pengeluaran.
Bagi yang suka menikmati jus, anda boleh beli dengan harga RM2.00 segelas, manis tanpa gula. Itupun dah ditambah air tapi masih manis melecas ( kata orang Perlis ).
Harga di antara RM15.00, RM18.00 dan RM20.00 sekilo. Lebih kurang 2 atau 3 biji sekilo.
Bagi yang mendapatkan melalui penghantaran , sekiranya anda menerima buah yang masam dan tidak manis, janganlah marah peniaga tersebut, kesian dia, besar kemungkinan beliau hanya peraih dan buah yang diambil belum cukup masak / matang isinya.
Bagi mereka yang masih belum merasanya, silalah cuba dan jangan anda tertipu bila membeli di tepi-tepi jalan di lebuhraya... ada di antaranya mempelam Harum Manis yang belum cukup masak / matang kecuali jika anda memang pakar dalam mengenali buah ini. Ini berdasarkan pengalaman kawan-kawan yang pernah membelinya. Saya sendiri tidak pasti bagaimana hendak mengenali bentuk buah mempelam Harum Manis , jadi adalah lebih baik anda dapatkan sendiri di Ladangnya di Pusat Pertanian Bukit Bintang atau anda boleh cuba dapatkan maklumat terkini di link di bawah.