Sunday, May 12, 2013

Restauran Sarang Burung

Assalamualaikum semua,

Bila kita bercerita tentang makanan, pasti terlintas di fikiran, pertamanya , apa yang anda hendak makan, betul tak ! Keduanya di mana tempat / gerai / restauran yang menjadi pilihan atau yang memenuhi selera ataupun  yang menyajikan  makanan yang sesuai dengan citarasa anda. Ada yang memilih tempat menjamu selera yang mahal, ada juga  yang lebih suka makan di gerai tepi jalan, pun begitu tak semestinya yang mahal itu memenuhi selera anda. Saya rasa kalau mahal berbaloi dengan apa yang disajikan , mahal pun tak kisah!  Saya ni kalau bercertita panjang , ramai yang akan tertidur nanti so saya pendekkan saja cerita. Mungkin ada di antara anda yang pernah datang atau entah bila akan datang ke Perlis ini, mencari atau tercari-cari tempat makan yang sesuai, selesa dan sedap. Salah satu restauran yang saya pernah cuba ialah 'Restauran Sarang Burung', sajiannya cukup menarik,  lebih-lebih lagi ada ulam-ulaman dan tidak lupa juga sambal yang pastinya akan membuat anda tidak tahu mana satu hendak dipilih. Hemm!, yang mana ye??? Ahh susah-susah sangat ambil semua je lah..

Ulam Kacang Kelisa, bendir, pucuk Paku Rawat, Ulam Tepuih, Rebung, Pucuk Janggus/Gajus., Pucuk Kadok dan yang tengah sekali tu terong.

Saya memang gemar ulam, kalau tak ada ulam dan sambal atau sayur, kemungkinan besar saya tak makan, tengok saja kawan makan. :) 

Banyak pilihan sambal , tengah fikir ni mana nak pilih







ini kalau cicah dengan ikan keli bakar...menyengat..tapi sambal yang kat bawah ni pun sedap jugak...tak boleh jadi ni!! Sambal dah pilih, mesti ada kerabu sikit, ikan keli bakar...dan air. Cukup!! Makan yang ini dulu...



Sambal Ikan Tuka

mak aii,,pecah air liur tengok sambal kat atas. Cicah dengan ulam dan ikan bakar , bukan 1 kali tambah nasi ni, bertambah-tambah dibuatnya. Alah bukan selalu , balik nanti diet la. Memang rugi besar kalau tidak mencuba. Kalau anda tak tahan pedas, anda boleh cuba lauk pauk yang lain atau minta saja makanan bergoreng. 





Somtam


Sambal Buah Kuinin





Pucuk Tepuih - baunya wangi dan sedap








Ulam Paku Rawat










Ikan Tamban Kering

Ikan Gelama Kering

Ini belum masuk ikan bakar, gulai ikan puyu, dan beraneka jenis makanan dan masakan yang pastinya membuat anda akan datang lagi untuk kali kedua dan seterusnya.



Gulai Ikan Puyu

Ini bukan ikan puyu sembarangan, menurut pengusaha restauran ini ia dibeli khas dari Nakhorn, Thailand. 


Masak Lemak Cili Api pucuk Paku (kegemaran saya)




Sayur Manis Rebung 




Masak Kicap Pedas Paru 


Berbagai jenis sayuran


Ikan Puyu Bakar










Ikan Keli Bakar









Restauran ini juga pernah dikunjungi oleh krew jalan-jalan Cari Makan. Ianya terletak tidak jauh dari Bandar Kangar, lebih kurang 5 minit dan anda boleh singgah di sini sebelum meneruskan perjalanan ke Padang Besar. 






Memang selesa makan di sini, disajikan pula dengan lagu-lagu nostalgia ketika anda menikmati hidangan anda.








 Minuman Puteri Chiangmai

Berbagai jenis kerabu pastinya menambat selera anda seperti di bawah ini.











 Kerabu Tauge



Kerabu Jantung Pisang



 Kerabu Kacang Kelisa



Kerabu Daun Selom





Bubur Jagung











Serawa Pisang 










Serawa Nangka




Bubur Pulut Hitam



Bubur Kacang Hijau

Di samping lauk pauk dan masakan bergoreng , restauran ini juga ada keunikannya sendiri, anda boleh mencuba beraneka jenis bubur, kalau anda tak berselera makan nasi anda boleh cuba bubur atau anda boleh bungkus bubur selepas makan, wah!!! sedapnye!. Lepas makan nasi, makan bubur pulak, lepas tu cuba beraneka jenis minuman seperti Puteri Chiangmai, Jus Poligami dan banyak lagi minuman yang terdapat di sini.  Konsep 3 dalam satu restauran , menyediakan tempat menjual pakaian dan juga tudung.







 Anda boleh menjamu mata melihat pakaian dan tudung  Pilih dan beli jika berkenan di hati.




Perniagaan ini akan diperluaskan lagi dan pakaian / barang-barang lain akan dijual . Idea yang cukup kreatif, mudah-mudahan perniagaan ini akan terus berkembang maju dan terkenal satu hari nanti.




Asyik bercerita pasal makanan saja, apakata kita berkenalan pula dengan pengusaha restauran ini, En. Mohd. Zain Manah dan Puan Salmiah Ibrahim.



Masa sedang makan tadi terlintas serangkap pantun untuk beliau dan isteri :-

Memetik Bunga Di dalam Taman
Untuk Suntingan Dara Pujaan
Sama Cantik Sama Padan
Sama Manis Sama Menawan.





Di satu sudut diletakkan Buku Pelawat bagi pengunjung-pengujung yang datang.    Semoga restauran ini terus maju dan terus dikunjungi dari semasa ke semasa. Jutaan terimakasih saya kepada beliau sekeluarga dan tidak lupa juga kepada pekerja-pekerja di restauran ini yang telah memberikan kerjasama kepada saya. Di sini juga saya sertakan peta dan nombor telefon bagi memudahkan perjalanan anda ke sini. Akhir kata Selamat Datang dan Jangan Tak Singgah ye..Pastinya setiap masakan yang disajikan dari semasa ke semasa akan  menambat hati anda.











Terimakasih.