Wednesday, May 15, 2013

Chocolate Moist Cake

Assalamualaikum,

Resepi pada hari ini ialah Kek Chocolate Moist, yang sememangnya favourite dan tugas saya hanyalah mengambil gambar dan membantu ala kadar di dapur. 




Dimasukkan ke dalam bekas sebelum di kukus


Periuk ini hanya boleh muat 2 bekas, kukus lebih kurang 40 - 45 minit / sehingga masak.




Dikeluarkan dan disejukkan untuk seketika sebelum di sapu dengan chocolate ganache dan dihias dengan bahan-bahan mengikut kesukaan anda seperti gambar di bawah ini.






Bila dihias begini cantik , budak-budak pun suka makan dan sememangnya sedap. Nak cuba resepinya...tentu saja boleh,,,sepupu saya ni tak lokek berkongsi cuma saya saja yang tak sempat nak tulis dalam blog. 

Bahan-bahannya - ( untuk 1 adunan )

1 cawan serbuk koko
1 cawan mentega cair
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan susu pekat
3 biji telur

Cara

1) Cairkan mentega dan sukat untuk dapatkan 1 cawan
2) Bila dah dapat 1 cawan baru masukkan gula dan kacau hingga sebati di atas api sederhana
3) Masukkan serbuk koko dan masak hingga agak pekat
4) Masukkan susu cair dan masak seketika kemudian disejukkan sebentar.
5) Sementara itu sediakan 1 1/4 cawan tepung gandum campur dengan 1 sudu teh baking powder campur dengan 1 sudu teh soda bikarbonat ( diayak sekali) - diasingkan dalam bekas lain.
6. Masukkan 1 cawan susu pekat ke dalam adunan yang telah disejukkan tadi ( disejukkan di luar bukan dlm peti ais)
7. Pukul telur sehingga kembang dan masukkan ke dalam adunan yang disejukkan tadi, kacau hingga sebati
8. Adunan ini kemudiannya dituang sedikit demi sedikit ke dalam tepung yang telah diasingkan dalam bekas lain tadi (nombor 5), kacau hingga sebati
9. Tuang dalam loyang / bekas plastik yang telah dilencer dengan sedikit mentega.
10. Kukus selama 40 - 45 minit / guna lidi dicucuk dalam kek untuk pastikan ianya masak.

Baru masukkan ke dalam peti sejuk, nanti baru hidangkan.

Cara Menyediakan Chocolate Ganache

1/2 cawan serbuk koko
3/4 susu pekat
1 sudu besar butter

1. Masak bahan di atas dengan api sederhana kecil sehingga pekat dan sebati

2. Sejukkan sebentar dan tuang atas kek anda dan hiaslah mengikut citarasa anda sendiri.