Assalamualaikum semua,
Harap anda semua sihat dan gembira selalu. 1 Mei cuti hari pekerja tapi sepupu call , nak masak ikan sumbat. Minggu lepas selongkar peti ais jumpa ikan tapi macam tak bermaya je ikan, saya cuma pilih 5 ekor ikan yang nampak sihat dan berotot-oto tubuh badannya. Jadi hariini 1 Mei mereka dah awal pagi ada di pasar cari ikan, masatu saya sibuk update blog , mereka tanya tak nak datang rumah ke...nak makan ikan sumbat. Saya ok jer, pukul 10.00 pagi sampai, 2 orang sepupu saya sedang kukur nyog ( kukur kelapa ) dan yang sorang lagi membersihkan ikan. So saya pun sediakan bahan-bahan untuk disumbat dalam ikan :-
Bahan-bahan
1. Ikan Kembong yang sederhana besar ( saya buat 11 ekor )
2. Kelapa parut ( sebelah )
3. 1 sudu teh lada hitam (ditumbuk-janganlah halus sangat )
4. Isi ikan yang dikeluarkan dari perut ikan tadi
5. Garam dan gula secukup rasa
6. 1 biji telur ayam
7. 1 biji bawang besar
8. Serai sekiranya anda suka ditumbuk dengan kelapa parut
Cara penyediaan
1. Ikan boleh dibelah belakang atau depan untuk keluarkan tulang dan kikis isinya.
2. Tumbuk lada hitam dan masukkan kelapa parut tadi sedikit demi sedikit, kemudian masukkan bawang besar dan tumbuk. ( Bawang besar jangan tumbuk sampai berair ye )
3. Masukkan gula dan tumbuk
4. Asingkan dalam satu bekas dan tumbuk pula isi ikan
5. Gaul isi ikan dengan kelapa yang telah diasingkan dalam bekas tadi
6. Pecahkan telur dan gaul dalam bahan-bahan yang telah diasingkan dalam bekas tadi hingga sebati.
7. Sumbat didalam perut ikan dan goreng hingga masak
PERHATIAN
1. Telur kena masukkan supaya bila menggoreng taklah betabur isi yang telah disumbat tadi
2. Saya lebih suka ikan dibelah bahagian belakang, lebih mudah untuk menggoreng.
3. Untuk kikis ikan hendaklah dimulakan dari ekor ke atas dengan menggunakan sudu.
4. Anda boleh juga menggunakan isi ikan lain yang direbus dan disediakan seperti di atas untuk disumbat didalam perut ikan. Jadi tak perlulah anda kikis isi ikan.
5. Kalau anda nak masak sekejap isi ikan yang telah dikikis tadi pun boleh sebelum digaul dengan bahan-bahan yang telah ditumbuk.
5. Kalau anda nak masak sekejap isi ikan yang telah dikikis tadi pun boleh sebelum digaul dengan bahan-bahan yang telah ditumbuk.
CELOTEH
Masak ni kena kreatif, dan rajin mencuba sendiri resepi anda. Resepi di atas adalah dari arwah Tok, orang-dulu-dulu susah, makan ala kadar , jadi semua bahan yang ada di sekeliling atau yang boleh dibeli dengan harga murah dipelbagaikan dalam masakan. Dulu arwah Tok Cha / Tok Wan ada bela ayam
, jadi telur ayam mudah dapat , macam-macam aneka masakan boleh disediakan dengan telur ayam. Sebagai contoh telur masak lemak dengan suun (macam mana nak eja), telor goreng masak sambal, telor goreng masak kicap, telor dadar, yang paling suka ialah telor Klia....nanti saya akan cuba masak...pasti clear punya