Thursday, May 2, 2013

Ke Mana Hari ini


Assalamualaikum semua,


Jika anda dalam rangka lawatan ke Perlis ataupun mungkin merancang untuk menziarahi keluarga di sini, pastinya anda tertanya-tanya apa yang boleh anda beli atau bawa balik untuk saudara mara atau rakan-rakan di pejabat, maupun untuk anda sendiri, bolehlah mencuba Kordial Mango yang dibuat dengan mempelam sala ini. Hari ini saya berkesempatan mengunjungi tempat memproses kordial mango yang terletak di Lot 1, Kawasan Industri MARA, Jejawi. Sempat juga saya megambil beberapa keping gambar untuk dikongsikan bersama.







Semasa kami sampai, adik-adik yang comel ini sedang sibuk membungkus minuman kordial untuk pasaran. Kedatangan kami disambut mesra, macamtu lah namanya orang Perlis,  walaupun sibuk mereka sentiasa mengukir senyuman, patut pun kordial manis dan sedap. Yang pastinya senyuman itu lebih manis dari kordial 

Di sini saya kongsikan di antara gambar-gambar product yang dibuat di Frutania Industry. 












Minuman herba dan minuman untuk kesihatan juga boleh didapati di sini.





kalau tak beli mesti rugi, Perlis ni jauh nun di Utara, kalau dah ke sini, singgahlah sekejap kami menanti dengan senang hati. Belilah satu untuk rakan-rakan, atau keluarga dan jangan lupa untuk diri sendiri juga. Pernah satu ketika kita asyik beli untuk orang lain, bila balik ..eh mana aku punya??? Jadi beli lah lebih sikit untuk sendiri ye. Bagaimanapun saya ingin merakam jutaan terimakasih  kepada semua yang memberikan kerjasama. Sampai jumpa Lagi ya!!!
Bagi yang berminat dan inginkan maklumat lebih lanjut anda boleh menghubungi nombor telefon di bawah :

Tel : 04-9779093 / 04-9782814

atau email :

saparutrading@gmail.com