Anda boleh melihat matahari terbenam sambil minum petang
Bagi mereka yang ingin merasai suasana yang nyaman dan selesa dikelilingi sawah padi, chalet 2 bilik berkembar ini memberikan ruang keselesaan untuk anda menikmati percutian impian anda.
Biliknya cukup luas dan dilengkapi peralatan asas seperti electric Pitcher untuk memasak air, TV (LED), penghawa dingin, bilik air yang bersih.
Ruang dalamnya yang selesa
Gambar dengan langsir tertutup
Bila langsir dibukakan, boleh nampak pemandangan yang cukup cantik dari dalam chalet, saya dapat bayangkan betapa cantiknya ketika sawah menghijau. Boleh mengelamun sejenak melihat sawah padi di waktu pagi dengan kicauan burung dan pada sebelah petang pulak, kalau ada goreng pisang dengan kopi panas sambil menunggu matahari terbenam. Alangkah indah dan bahagianya rasa di hati. Bahagia-Bahagia marilah kita nikmatinyaaa....
Teringat lirik lagu D.J Dave..Di desa Kasihku Tertumpah...
Pepohon melambai-lambai
Berburung terbang berkicau riang
Di sini Kasih tertumpah
Indahnya bumi bertuah
Wah tenteram dan damai rasanya kalau dapat bercuti dan berehat di chalet ini.
Sepupu saya pun teringin jugak nak bergambar
Kuda pun ada
Gambar sekitar kawasan chalet
Chalet berkembar 2 bilik
Untuk maklumat lanjut anda boleh click link ini : Informasi Chalet D'Solo, Mata Ayer, Perlis
atau hubungi
Puan Widiyati : 019-4731208
Alamat Chalet :-
KM 3.4, Jalan Jejawi - Tok Kayaman,
Kg. Sungai Mati, Ngulang,
02500 Mata Ayer,
Perlis.
Biasalah jurugambar, mesti nak jugak gambar dengan kuda yang terdapat di Chalet ini. Jinak betul kuda-kuda ni!!
Ala sayang-sayang !!!, nanti kita jumpa lagi ye
Ok nak balik dah ni...huh..nak ikut balik sekali ke!!