Bahan
Keladi - rebus keladi dengan 2 keping asam keping bagi menghilangkan gatal , seperti anda nak buat asam pedas, basuh dan sejat airnya
1 biji kelapa , perah ambil santannya ( bahagi 2 mangkok )
1 keping asam keping
Bahan untuk dikisar halus
1 labu bawang besar ( kalau terlalu besar ambil sebelah saja )
2 biji cili padi ( kalau suka pedas boleh tambah cilinya )
1 biji cili hidup
Halia sebesar ibujari
1 batang serai
Cara
1) Bahan yang dikisar halus dimasukkan ke dalam periuk yang mengandungi santan ( 1 mangkok )
2) Masak atas api dan masukkan ayam, garam dan gula secukup rasa
3) Biar hingga mendidih dan masukkan asam keping, biar mendidih seketika
4) Masukkan pati santan 1 mangkok biar mendidih dan tutup api
CORETAN
Keladi, petai, rebung, ulam-ulaman, sambal belacan, sayur-sayuran, salad dan semua jenis masakan pedas-pedas memang kegemaran saya. Satu ketika dulu saya tinggal dengan Tok Cha dan Tok di kampung, kawasan sekeliling pada ketika itu dipenuhi dengan banyak pokok ulam, pokok keriang, pokok janggus, pokok buah pauh, jambu batu, dan macam-macam pokok ada, teringin nak makan apa,,,??? cakap saja...semuanya boleh petik kat luar rumah....saya pula dulunya suka berkebun tapi sekarang kawasan sekeliling kampung dah cerah, nak cari ulam pun payah.....bila direnung, difikir dan diimbas kembali masa lalu, sememangnya suasana dahulu lebih segar dan menyeronokkan berbanding dengan sekarang yang panas. Zaman saya dulu lepas makan tengahari, saya akan merayau-rayau di luar , pada sebelah petang saya dan kawan-kawan lelaki yang sama-sama mengaji Quran dengan Tok Cha akan keluar bermain depan rumah, permainan tuju tin, aci sembunyi, tembak-tembak, kejar-kejar atau panjat pokok macam tarzan tu, bila sebut pasal panjat pokok teringat saya pada pokok asam tengah sawah depan rumah dulu, saya akan cicah garam belacan yang saya tumbuk sendiri dengan asam muda atas pokok asam atau pokok jambu yang isinya merah, kalau pokok-pokok tersebut masih ada , kemungkinan besar saya akan melakukan perkara yang sama....nostalgia rindu menggamit .....biarku leka sejenak....