Ingin lari dari kesibukan kota dan merasai kehidupan di perkampungan nelayan, kenapa tidak menjadikan HOMESTAY NELAYAN sebagai satu destinasi penginapan sebagai percutian anda di Kuala Perlis, PERLIS.
Ini pemandangan di hadapan homestay berkenaan yang di tanam dengan bunga-bunga pelbagai warna, menambahkan lagi serinya HOMESTAY NELAYAN
Teringat satu peribahasa bila melihat tempayan ini...."Harapkan guruh di langit air tempayan dicurahkan " bermaksudnya mengharapkan keuntungan atau sesuatu yang besar belum tentu dapat, keuntungan yang kecil tapi sudah pasti / barang yang ada dilepaskan / dibuangkan. Jadi biarlah macam air dalam tempayan ini jangan dicurahkan ye tak.
Beranda di hadapan homestay
Ini pula bahagian dalam rumah dari pintu masuk utama, bersih dan selesa, hiasan dalam yang simple tapi menarik tidak jemu mata ku memandang. Dua bilik ditingkat seterusnya dan 1 katil bujang diletakkan di ruang yang cukup luas.
Saya akan bawa anda melihat keadaan bilik di atas
Dari sudut ini anda boleh nampak pintu masuk utama tadi, terus menaiki anak tangga dan 2 bilik tersedia serta beranda yang cukup luas. Rugi rasanya kalau datang ke Perlis anda tidak mencuba homestay ini.
Dua bilik bersebelahan antara satu sama lain
Bilik ini dihiasi dengan katil dua tingkat dan perabot dan bilik sebelahnya pula 1 katil besar
Gabungan warna yang cukup menarik dan sejuk mata memandang.
Dapur dengan ruang tamu yang cukup selesa, nak makan di dapur pun ada disediakan meja.
Dapur yang dilengkapi dengan peralatan memasak dan juga bahan-bahan masakan
Peti ais, mesin basuh, microwave
Nak makan di sini pun boleh atau kat luar tu pun boleh, wah seronoknya. Makan pagi di dapur, makan tengahari di ruang tamu, makan petang di luar ( beranda belakang ) sambil menikmati pemandangan di luar.
Set cawan pun ada, semuanya serba lengkap, tak perlu anda risau, anda bagaikan berada di rumah sendiri
apalah yang dibualkan sampai tersengeh-sengeh Kak Ina, nak minta diskaun ke?
Beranda belakang homestay
cucur pisang panas dan air cincau sudah terhidang.....makan dulu ya.
Cantikkan ukiran kayu ni
Berborak-borak dengan Kak Norma pemilik Homestay Nelayan, orangnya cukup peramah dan bersedia melayan segala pertanyaan anda
Menjamu selera sambil menikmati keindahan pemandangan di bahagian belakang homestay
Asyik-asyik gambar Kak Ina........heemmmmm....ini tak boleh jadi....kak!!!! sudah lah tu, tolong ambil gambar saya pula.
Homestay Nelayan juga terkenal dengan program pengambilan anak angkat. Lebih kurang 5-6 minit ke Jeti Kuala Perlis dan masjid terapung.
Jadikan HOMESTAY NELAYAN ini sebagai destinasi penginapan utama anda Pastinya ia akan menjadi kenangan paling manis dalam hidup anda.Bagi yang berminat sila hubungi talian berikut :
Masjid Al-Hussain
Harga RM150 - RM200 ( semalam mengikut kapasiti penyewa )
KAK NORMA
TEL NO: 0174458626
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terimakasih kepada Kak Ina dan suami yang memperkenalkan saya kepada HOMESTAY NELAYAN untuk saya muatkan di dalam blog saya pada kali ini. Juga terimakasih yang tidak terhingga kepada pemilik HOMESTAY iaitu Kak Norma kerana layanan mesra beliau. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki.
SEKIAN, ASSALAMUALAIKUM